Che Puan Syamim dedah dirinya tak pernah makan nasi walaupun ‘sebutir’ sejak 9 tahun lalu mengejutkan orang ramai

Che Puan Syamim dedah dirinya tak pernah makan nasi walaupun ‘sebutir’ sejak 9 tahun lalu mengejutkan orang ramai

Che Puan Syamim dedah dirinya tak pernah makan nasi walaupun ‘sebutir’ sejak 9 tahun lalu mengejutkan orang ramai. Pelakon dan hos, Che Puan Syamim Farid akui pendedahannya yang tidak sentuh nasi sejak sembilan tahun lalu mengejutkan ramai, malah ada yang memberikan reaksi bercampur-campur mengenai perkara berkenaan.

Masih lagi mengambil makanan sihat, isteri kepada Y.M Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj ini juga menyifatkan dirinya beruntung kerana keluarga memahami akan rutin pemakanannya itu.

“Sebenarnya, saya mulai tidak jamah nasi apabila melakukan senaman giat di gim. Sejak itu saya terfikir apa cara terbaik untuk kekalkan bentuk tubuh dan lakukan pembacaan. Dari situ saya mula kurangkan ambil makanan yang ada kabohidrat yang tinggi.
“Sedikit demi sedikit, saya memang ‘cut off’ pengambilan nasi secara total. Sampai sekarang memang tak makan, walau sebutir nasi.
“Pada peringkat awal saya akui ia bukan satu hal yang mudah, tetapi lama kelamaan, ia sudah jadi normal bagi saya,” katanya yang tetap mengambil menu gantian lainnya.

Che Puan Syamim dedah dirinya tak pernah makan nasi walaupun 'sebutir' sejak 9 tahun lalu mengejutkan orang ramai

Pada masa sama, Syamim turut akui suami juga kurang mengambil nasi sebagai hidangan utama.

“Dalam keluarga, setakat ini hanya saya seorang yang tidak mengambil nasi. Cuma, menu lain seperti sambal belacan saya masih makan, cicah dengan ulam-ulaman.

“Saya tidak ambil nasi sejurus tamat belajar di IPT. Cuma kalau siapa yang kenal saya, dulu memang saya kuat makan. Cuma sejak ke gim saya kian fokus untuk kekalkan ‘tone’ badan.

“Dulu bukan kata saya tolak terus nasi, tapi ambil dalam kuantiti sedikit sebelum tidak ambilnya terus,” jelasnya yang juga tidak mengambil daging dan ayam sejak dua tahun lalu.

Syamim ditemui pada majlis pelancaran produk Mawarose di Ryu Event Hall, di Suka Surce Bistro, Cheras, pada Isnin.

Menyifatkan dirinya seorang peskatarian, yang ambil ‘seafood’ dan sayur-sayurkan sebagai menu harian, Syamim sebelum ini ada terima pandangan skeptikal apabila mendedahkan mengenai perkara tersebut.

“Pernah ada yang komen, kalau tak makan nasi boleh jadi ‘sawan’ dan sebagainya. Bagi saya, setiap orang ada menu kegemaran masing-masing dan mengapa ada yang pertikai dengan apa menu yang saya amalkan?

“Tambahan pula, saya masih lagi makan sesuatu yang berkhasiat.

“Akan tetapi, sekiranya saya ditakdirkan hamil dan perlu makan menu lain dari sebelum ini demi kesihatan bayi, saya tidak kisah.

“Memang saya sudah niat. Hanya berikan yang terbaik untuk bayi dalam kandungan. Cuma sekarang masih belum ada rezeki zuriat lagi.

“Manalah tahu bila sudah mengandung, selera makan saya akan berubah, siapa sangka kan? ,” jelas Syamim yang turut merujuk hal tersebut dengan mereka yang bertauliah.

Terdahulu, Naib Juara Dewi Remaja 2015 ini mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta pada 19 Mac 2016.

Baca Lagi:
Wanita hamil dipaksa mak mertua serah bayi kepada kakak ipar, alasannya sebab dah lama bergelar TTC
Pelancong terkejut jumpa kaki manusia tanpa badan di kawasan air terjun
Ambil masa sebulan hanya belajar angkat tangan macam Anwar
CATEGORIES