Cetak kalimah Allah pada pakaian tidak senonoh tular

Cetak kalimah Allah pada pakaian tidak senonoh tular

Cetak kalimah Allah pada pakaian tidak senonoh tular. Tindakan sebuah jenama pakaian dari Australia yang mencetak kalimah Allah di atas baju yang diperagakan ketika Pertunjukan Fesyen Melbourne, Sabtu lalu jelas tidak menghormati sensitiviti agama Islam.

Pendakwah bebas, Syed Mohd. Bakri Syed Ishak atau dikenali sebagai PU Syed berkata, kalimah Allah SWT tidak boleh dicetak sewenang-wenangnya pada sesuatu benda apatah lagi untuk digayakan pakaian yang tidak senonoh.

Katanya, kalimah Allah SWT adalah sesuatu yang tinggi di dalam agama Islam dan tidak boleh dikompromi sekiranya terdapat penyalahgunaan.

Cetak kalimah Allah pada pakaian tidak senonoh tular

“Tindakan mencetak kalimah Allah pada pakaian dan yang mendedahkan aurat itu seolah-olah satu penghinaan kepada Islam itu sendiri.

“Malah, di negara kita kalau mahu membuat perhiasan ayat-ayat atau kalimah Allah itu sendiri perlu mendapatkan pengesahan daripada pihak berautoriti untuk meluluskannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Jelasnya, perkara-perkara seperti itu jelas salah dan menentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam agama Islam.

“Perbuatan ini jelas salah, apatah lagi dibuat oleh orang bukan Islam.

“Mereka tidak boleh sesuka hati menggunakan kalimah Allah seperti itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, PU Syed turut menasihatkan pereka fesyen tempatan yang beragam Islam untuk tidak mengeluarkan pakaian-pakaian yang secara terang-terangan menentang syariah Allah SWT.

“Apabila pakaian yang dibuat oleh orang Islam, digayakan juga oleh orang Islam, ia secara terang-terangan telah menentang syariah Allah SWT.

“Agama suruh menutup aurat tetapi kita mengenalkan pakaian yang menyebabkan orang mendedahkan aurat mereka. Ini semua menentang syariah,” tambahnya.

Terdahulu, jenama pakaian Austarlia itu dikecam teruk selepas mempamerkan dua reka bentuk persalinan yang menampilkan seorang model memakai ‘jumpsuit’ tanpa lengan diperbuat daripada fabrik lutsinar dengan tulisan Arab bertulis ‘Allah berjalan bersama saya’ di seluruh badannya.

Susulan kontroversi itu, Festival Fesyen Melbourne dan pereka fesyen Not A Man’s Dream telah mengeluarkan permohonan maaf.

“Festival ini tidak berniat untuk tidak menghormati sesiapa dan kami memohon maaf atas sebarang kesalahan yang dilakukan,” katanya.

Baca Lagi:
Ini sebab Mahkamah keluarkan waran tangkap kepada Exco Terengganu
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa 2 sebelum Aidilfitri
Netizen kritik filem PULAU, ‘masuk hutan memang kene pakai seksi macam tu ke?’
CATEGORIES