CEO Lembaga Zakat Selangor dedah penyanyi nombor 1 negara pembayar zakat paling tinggi untuk kategori penyanyi

CEO Lembaga Zakat Selangor dedah penyanyi nombor 1 negara pembayar zakat paling tinggi untuk kategori penyanyi

CEO Lembaga Zakat Selangor dedah penyanyi nombor 1 negara pembayar zakat paling tinggi untuk kategori penyanyi. Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor, Mohd Sabirin Mohd Sarbini mendedahkan bahawa penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza (TokTi) merupakan pembayar zakat paling tinggi berbanding penyanyi-penyanyi lain di Malaysia.

Jelasnya dalam Program BizJihad anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam, TokTi dikatakan tidak pernah terlepas bayaran zakat itu sejak tahun 2019 lagi.

CEO Lembaga Zakat Selangor dedah penyanyi nombor 1 negara pembayar zakat paling tinggi untuk kategori penyanyi

“Boleh dikatakan dalam kalangan artis atau lebih spesifik, kalangan penyanyi saya boleh katakan Datuk Seri Siti Nurhaliza adalah pembayar tertinggi zakat di Lembaga Zakat Selangor.”
“Dalam tempoh lima tahun tidak pernah gagal membayar zakat, walaupun banyak membuat kerja kebajikan lain seperti menguruskan Yayasan Nur Jiwa dan sebagainya.”

Tambah Mohd Sabirin, beliau berharap agar ramai rakan artis dapat mengikut jejak langkah Tok Ti untuk membayar zakat.

Baca Lagi:
Keluarga Along Spoon kunci mulut selepas pembunuh dibebaskan dari penjara
PRK: Menteri Besar Terengganu dipilih calon PN di Kemaman
4 sekawan tangkap ayam hutan terlalu banyak, lepas satu-satu diganggu, terpaksa buat perjanjian dengan ‘penjaga’
CATEGORIES