CCTV rakam bola api dipercayai penanggal cuba masuk rumah wanita baru bersalin

Photo of author

By Joe

CCTV rakam bola api dipercayai penanggal cuba masuk rumah wanita baru bersalin. Sebuah video yang menjadi tular di media sosial Indonesia memaparkan cahaya misteri yang dipercayai sebagai penanggal terbang di hadapan sebuah rumah yang penghuninya baru sahaja bersalin, seperti dilaporkan oleh laman berita Tribunnews.

Video kejadian tersebut direkam oleh sistem televisyen litar tertutup (CCTV).

Dalam video tersebut, bola api muncul dari celah-celah lubang tingkap yang terletak di atas pintu.

CCTV rakam bola api dipercayai penanggal cuba masuk rumah wanita baru bersalin

Bola api tersebut bergerak naik dan turun selama beberapa minit di hadapan pintu rumah, seolah-olah sedang cuba untuk masuk.

“Dirakam oleh CCTV, ada penanggal yang pergi ke rumah penduduk. Katanya ada bayi (baru dilahirkan) di rumah itu,” demikian keterangan dalam video.

Pemilik rumah yang menyedari kehadiran tetamu tidak diundang itu, memerhatikan cahaya tersebut dari celah pintu.

Salah seorang daripada mereka memukul dinding berhampiran pintu untuk mengusir lembaga tersebut.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen dari netizen.

“Selepas penghuni menjerit, dapat dilihat penanggal keluar,” kata seorang pengguna media sosial.

Baca Lagi:
Ramai boleh buat keluar duit tanpa had lebih RM189 juta ketika bank alami gangguan
Nak menangis rasa kena bayar air teh O ais harga RM11 secawan
5 perangai guru di Malaysia yang kita takut nak diperkatakan