“Cara nak saving duduk asrama”, Pelajar UIA masak Mi Segera guna seterika raih perhatian ramai

Photo of author

By Joe

“Cara nak saving duduk asrama”, Pelajar UIA masak Mi Segera guna seterika raih perhatian ramai. Apabila sudah berada di dalam asrama, timbul kreativiti untuk mencipta inovasi bagi menyelesaikan masalah seharian, seperti memasak mi segera dengan menggunakan perkakasan yang sedia ada di sekitar premis.

Hal ini kerana banyak asrama yang menghalang pelajar daripada membawa sesetengah perkakasan elektrik kerana bimbang akan berlaku litar pintas atau masalah lain.

Terbaharu, seorang pelajar yang dipercayai menuntut di Universiti Islam Antarabangsa telah menunjukkan cara memasak mi segera dengan cara yang sangat kreatif, iaitu menggunakan seterika.

"Cara nak saving duduk asrama", Pelajar UIA masak Mi Segera guna seterika raih perhatian ramai

Siapa sangka seterika yang biasa digunakan untuk menggosok baju sebenarnya boleh dimanfaatkan untuk mendapatkan air panas bagi memasak mi segera?

Dalam video tersebut, pelajar itu menuang air ke dalam dasar seterika yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Kemudian, air yang mengalir keluar daripada seterika itu menjadi panas dan dapat melembutkan mi segera yang berada dalam bekasnya.

Pelajar itu juga sempat memberi pesanan supaya menggunakan seterika yang baru dan bukan dalam keadaan berkarat untuk mengelakkan risiko jangkitan kuman. Dia turut menambah bahawa anda perlu menunggu sekitar 3 minit untuk memastikan mi segera dimasak dengan sempurna.

Video itu berjaya meraih 1.3 juta tontonan, 60.6 ribu tanda suka, dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen di platform TikTok. Rata-rata meluahkan rasa teruja melihat cara yang sangat unik untuk memasak mi segera tanpa perlu menggunakan pemanas air.

@123abcdef.u Nak saving sgt #xyzbca #iium #fypシ #fyp ♬ original sound – Saham Akhirat.

"Cara nak saving duduk asrama", Pelajar UIA masak Mi Segera guna seterika raih perhatian ramai

"Cara nak saving duduk asrama", Pelajar UIA masak Mi Segera guna seterika raih perhatian ramai

Dalam masa sama, ramai juga yang berkongsi bahawa ada cara lain lagi untuk memasak maggi dengan menggunakan seterika yang biasa dibuat oleh pelajar asrama.

Baca Lagi:
Netizen tak setuju dengan kenyataan terbaru penulis surat layang arwah Zulfarhan
“Aku wanita yang malang, suami curang dengan janda, bekas suami janda salahkan aku..”
Hari-hari terakhir seorang banduan, “selagi abang bernyawa, saya isteri abang”