Cara nak dapatkan gaji yang kita idamkan selama ini ketika temuduga kerja, ini cara berkesan yang wajib buat

Photo of author

By Joe

Cara nak dapatkan gaji yang kita idamkan selama ini ketika temuduga kerja, ini cara berkesan yang wajib buat. Biasanya apabila anda memohon pekerjaan, perkara utama yang pasti dilihat adalah gaji dan mungkin kedua, lokasi. Mengapa gaji sentiasa menjadi yang utama? Setiap orang mempunyai sebab tersendiri selain untuk mengekalkan kehidupan sebagai manusia yang berjasa.

Jadi, bagaimana untuk memperoleh gaji mengikut kehendak anda, atau dengan kata lain, memuaskan hati anda? Ketika sesi temuduga, pasti masa yang sesak untuk membincangkan gaji. Kadang-kala, anda meletakkan harapan tinggi terhadap jawatan tersebut.

Jangan bimbang, jangan takut untuk berunding. Jangan terus bersetuju apabila majikan menawarkan gaji yang begitu sahaja. Masih ada peluang lain bagi anda untuk memperoleh jumlah yang sepatutnya dari syarikat tersebut. Jangan terima tawaran itu dengan mudah! Jika tidak, cuba cari pekerjaan di tempat lain, dan jangan risau, panduan ini tidak akan merosakkan imej majikan anda.

Cara nak dapatkan gaji yang kita idamkan selama ini ketika temuduga kerja, ini cara berkesan yang wajib buat

Jom ikut panduan ini, sesuai digunakan oleh mereka yang sudah berpengalaman atau graduan baru!

1. Berikan jaminan dengan bukti yang anda ada atau pengalaman yang pernah dilakukan

Keputusan akhir bergantung kepada anda sama ada mahu menerimanya atau tidak. Jika ya, pastikan anda membuktikan kepada mereka bahawa anda mampu melakukannya dengan baik dan tunjukkan keazaman anda dalam menyelesaikan tugas yang diberikan dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh majikan.

2. Apa yang perlu saya lakukan jika memerlukan gaji sebanyak RMXXXXX?

Majikan akan menjelaskan skop kerja yang perlu anda lakukan, mungkin melebihi bidang kerja asal anda. Contohnya, anda mohon kerja sebagai HR tetapi disuruh melaksanakan tugas-tugas pemasaran.

3. Terangkan matlamat dan visi anda untuk bekerja di syarikat ini

Langkah ini sesuai untuk mereka yang mempunyai pengalaman. Tunjukkan yang terbaik daripada diri anda kepada majikan berdasarkan kemahiran yang anda peroleh semasa bekerja di tempat terdahulu.

4. Memberi sumbangan yang besar kepada syarikat berkenaan

Anda harus memberi jaminan kepada majikan sekiranya berada di syarikat itu apa sumbangan anda. Besar mana sumbangan yang anda boleh berikan kepada syarikat tersebut.

5. Mengetahui benefit lain syarikat berikan

Cara lagi satu adalah dengan bertanyakan kelebihan yang korang akan peroleh jika bekerja disitu seandainya gaji tidak memberangsangkan (elaun, parking, kerja lebih masa). Ada segelintir syarikat yang beri gaji sedikit tetapi elaun tinggi, ada juga yang tidak memeperuntukkan apa-apa kelebihan.

Baca Lagi:
Penyokong bola Selangor FC kena culik di stesen minyak NKVE dengan Ultras Perak FC
Bomba jumpa pergelangan tangan kiri putus di lokasi kereta terbakar
Gaji masyuk! Ini 7 senarai bidang kerjaya paling tinggi ‘demand’ di Malaysia