Cara mudah nak hilangkan kesan kuning pada baju putih, guna 5 bahang ni je settel masalah

Cara mudah nak hilangkan kesan kuning pada baju putih, guna 5 bahang ni je settel masalah

Cara mudah nak hilangkan kesan kuning pada baju putih, guna 5 bahang ni je settel masalah. Umumnya, pakaian terdiri daripada baju, seluar, tudung, topi dan sebagainya. Selain itu, ia juga mempunyai pelbagai reka bentuk, jenis, dan warna. Walau bagaimanapun, sewaktu dipakai, ia mudah terdedah dengan kotoran-kotoran degil seperti kuah masakan, minyak, kotoran termasuklah kesan kuning.

Seperti yang diketahui, baju atau pakaian berwarna putih mudah terdedah dengan kotoran. Bukan sahaja itu, walaupun tidak dipakai dalam tempoh yang lama, warnanya boleh berubah kepada kekuningan dan kelihatan luntur.

Perkara ini tentunya boleh mengganggu kehidupan harian anda kerana terpaksa mencari pakaian baru untuk dipakai.

Cara mudah nak hilangkan kesan kuning pada baju putih, guna 5 bahang ni je settel masalah

Mencuci bukanlah satu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi pakaian berwarna putih sangat kelihatan dari jarak jauh. Bahkan ada yang mengambil keputusan untuk menjadikan ia sebagai kain buruk atau lap tangan di dapur.

Sehubungan itu, bagaimanakah langkah yang boleh dilakukan bagi mengembalikan pakaian ini tampak seperti baharu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian jason_jezi di aplikasi TikTok di bawah.

Cara Hilangkan Kesan Kuning

Dalam video berdurasi 19 saat memaparkan pakaian berwarna putih tampak seperti baru selepas mencuci.

Lelaki yang dikenali sebagai Jason menunjukkan bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah kain atau baju putih yang bertukar kuning dengan mencuci.

Bahan-bahan

Antara bahan yang digunakan termasuklah ubat gigi, baking soda, cuka, air panas dan pencuci baju.

Langkah-langkah

Langkah yang pertama, sediakan sebuah bekas. Masukkan ubat gigi, baking soda dan cuka ke dalam bekas tadi.

Kemudian, tuangkan air panas ke dalam bekas. Gaul semua bahan yang dicampur sehingga menjadi warna seperti di bawah.

Seterusnya, letakkan pencuci baju dan baru masukkan pakaian atau baju berwarna putih ke dalam bekas. Rendamkan pakaian di dalam bekas selama 30 minit barulah angkat dan jemur. Siap!

Rata-rata netizen memberikan pandangan bahawa info yang dikongsikan sangat bermanfaat. Ada juga meminta pendapat daripada pemilik video untuk tips lain.

Cara mudah nak hilangkan kesan kuning pada baju putih, guna 5 bahang ni je settel masalah

Cara mudah nak hilangkan kesan kuning pada baju putih, guna 5 bahang ni je settel masalah

Cara mudah nak hilangkan kesan kuning pada baju putih, guna 5 bahang ni je settel masalah

Cara mudah nak hilangkan kesan kuning pada baju putih, guna 5 bahang ni je settel masalah

@jason_jezi Share kpd kawan2 yg banyak baju Putih simpan sampai kuning #TikTokGuru #jombelajar #tips #jezismart #learnontiktok ♬ POP! – NAYEON

Untuk makluman, video ini mendapat lebih 460,000 tontonan, lebih 19,000 tanda “Suka” dan lebih 600 komen oleh pengguna.

Baca Lagi:
“Lembu rosak”, selamba lepak dalam rumah raih perhatian ramai
12 mangsa terbunuh, 100 parah dalam insiden rempuhan dalam stadium
“Dulu vs sekarang”, separuh tasik dan takungan air terbesar di dunia kering
CATEGORIES