Cara mengenali seseorang melalui cara makannya

Photo of author

By Joe

Cara mengenali seseorang melalui cara makannya. Adakah kamu tahu bahawa cara kamu makan boleh menentukan jenis keperibadian kamu. Terkejut? Ketahui kamu jenis orang yang bagaimana melalui cara makan.

Makan perlahan

Mereka yang makan perlahan biasanya mempunyai banyak kesabaran. Mereka menikmati setiap gigitan, mengambil masa dan menghormati masa makan mereka. Individu sebegini mempunyai corak yang sama dalam kehidupan kerja mereka. Oleh itu, ia boleh menjengkelkan orang sesekeliling yang mengikut masa.

Cara mengenali seseorang melalui cara makannya

Makan laju

Orang sebegini adalah multitasker. Mereka tidak pernah terlepas deadline dan sebenarnya menyelesaikan tugasan sebelum. Individu ini juga sangat berdaya saing dan cenderung untuk terlepas beberapa detik istimewa dalam hidup mereka.

Yang cerewet

Kamu adalah seseorang yang tidak boleh keluar dari zon selesa. Kamu tidak suka mengambil risiko bila makan di restoran dan akan memilih makanan yang sesuai dengan citarasa. Orang seperti ini mempunyai ketakutan untuk gagal tetapi mereka juga senis yang bersemangat untuk belajar dan bertanya.

Makan bersepah

Di dalam pinggan, semua makanan bercampur-campur atau menyentuh antara satu sama lain, maka kamu adalah seorang yang suka bergaul. Orang seperti ini sangat mesra dan bertanggungjawab. Mereka suka pekerjaan mereka dan mereka tahu cara meluangkan masa untuk orang tersayang.

Kunyah dengan kuat

Sesetengah orang yang mengunyah dengan kuat amat menjengkelkan. Mereka juga bercakap dengan mulut terbuka. Orang seperti ini ekstrovert dan sangat peramah dan mereka benar-benar tidak peduli apa yang orang lain fikirkan tentang mereka.

Kamu setuju tak dengan penjelasan di atas?
Baca Lagi:
Beras tempatan tak ada jangan risau, kerajaan perkenal beras putih Malaysia Madani berharga RM30
“Aku mengadu dekat mak mentua suruh nasihat suami aku simpan duit, tak sempat akhir bulan duit selalu habis, rupanya dia yang asyik kikis duit suami aku”
Rupanya ini sebab kenapa ramai ‘mat salleh’ suka buat konten di Malaysia