Cara mendiang Ratu Elizabeth II makan pisang berbeza dengan orang lain

Cara mendiang Ratu Elizabeth II makan pisang berbeza dengan orang lain

Cara mendiang Ratu Elizabeth II makan pisang berbeza dengan orang lain. Setiap orang mempunyai cara yang tersendiri dalam melakukan sesuatu perkara dan ia dilakukan atas sebab adat dan etika yang dipelajari.

Sama seperti kerabat diraja, mereka juga mempunyai etika yang dipraktikkan dalam kehidupan dan bercakap tentang itu semestinya kehidupan mereka berbeza dengan rakyat biasa.

Etika adalah salah satu akhlak baik yang perlu dipelajari dan dipraktikkan susulan ia membentuk peribadi dan personaliti individu ke arah yang lebih bermanfaat selain dipandang mulia dari kaca mata masyarakat.

Cara mendiang Ratu Elizabeth II makan pisang berbeza dengan orang lain

Kita ambil contoh terdekat, apabila memasuki ke dalam istana terdapat beberapa perkara dan etika yang perlu diikuti, bak kata pepatah, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.

Pernah terbayang tak bagaimana seorang ratu makan buah pisang? Secara logiknya mesti akan berfikir mereka hanya mengupas kulit dan makan seperti biasa.

Cara ratu makan pisang

Sebenarnya, mereka tidak menggunakan cara tersebut terutamanya mendiang Ratu Elizabeth II malah mempunyai cara yang tersendiri dengan menggunakan etika yang dicipta olehnya.

Mendiang Ratu Elizabeth II atau nama sebenarnya Elizabeth Alexandra Mary melalui kehidupan yang sangat luar biasa sehingga perkara yang dilihat biasa juga ditukarkan kepada luar biasa.

Dalam buku Darren McGrady Eating Royally, ada penerangan yang menggambarkan bagaimana baginda memakan pisang menggunakan pisau.

Dalam penerangan tersebut, ia mengatakan baginda akan meletakkan pisang ke atas pinggan kemudian memotong bahagian atas dan bawahnya menggunakan pisau.

Setelah itu, baginda akan makan menggunakan garpu selepas dipotong dengan kepingan yang kecil, suapan demi suapan.

Etika baginda dalam memakan pisang juga telah didemonstrasikan oleh salah seorang pakar etika, William Hansom dalam satu video.

Beliau menunjukkan kaedah yang tepat bagaimana baginda memakan pisangnya.

“Ratu tidak mengupasnya seperti monyet, sebaliknya menggunakan pisau dan garpu.
“Bahagian tepi atas dan bawah pisang dipotong dengan pisau.
“Kemudian, masukkan pisau ke dalam kulit pisang dan potongkannya kepada kepingan yang kecil. Makan secara sedikit,” jelasnya.

Meskipun ramai yang mengatakan cara baginda makan pisang kelihatan sedikit pelik namun itu bukanlah satu perkara yang luar biasa baginya.

Untuk pengetahuan, baginda juga ‘mengharamkan’ pasta dan kentang serta kerang kerana didakwa risiko menyebabkan keracunan makanan.

Baginda juga tidak menyukai makanan berkanji dan sayur yang telah diawet luar musim dan lebih suka hidangan rendah lemak seperti ayam dan ikan bakar.

Jadi, begitulah cara mendiang ratu makan pisang dan pastinya etika tersebut telah digunakan olehnya sejak dahulu lagi. Pengetahuan ini bukan baru dan luar biasa baginya, namun baginya ia hanyalah satu etika yang diamalkan.

Baca Lagi:
Giant Hypermarket Kelana Jaya umum tutup operasi selepas 19 tahun
Bekas Menteri Pertahanan dipenjara 7 tahun
“Semua majlis kau sapu”- Abang foodpanda ‘langgar’ majlis rasmi Datuk Bandar, siap tolong potong riben sekali
CATEGORIES