Cara lipat beg plastik jadi bentuk 3 segi, nampak kemas dan teratur je

Photo of author

By Joe

Cara lipat beg plastik jadi bentuk 3 segi, nampak kemas dan teratur je. BEG plastik yang diperolehi setiap kali membeli di pasar raya atau pusat beli belah kebiasaanya akan disimpan untuk kegunaan lain.

Namun, pasti sakit mata ini apabila melihat beg plastik tersebut disumbat atau dibiarkan bersepah di dalam laci.
Melalui perkongsian oleh Abylla Amjah di laman Facebook, ada ditunjukkan cara mudah untuk melipat beg plastik agar dapat disimpan dengan kemas.

Cara lipat beg plastik jadi bentuk 3 segi, nampak kemas dan teratur je

Ayuh kita lihat satu-persatu bagaimana caranya.

Langkah-langkah:

1) Ambil beg plastik dan lipat dua secara memanjang

Cara lipat beg plastik jadi bentuk 3 segi, nampak kemas dan teratur je

2) Kemudian lipat dua sekali lagi beg plastik itu sehingga bentuknya lebih kecil. (Lihat contoh di bawah)

Cara lipat beg plastik jadi bentuk 3 segi, nampak kemas dan teratur je

3) Mula dari bawah, lipat beg plastik dalam bentuk segi tiga kecil dan ulang sehingga ke hujung

Cara lipat beg plastik jadi bentuk 3 segi, nampak kemas dan teratur je

4) Tinggalkan sedikit di bahagian hujung untuk diselitkan pada celah lipatan segi tiga yang dibuat

Cara lipat beg plastik jadi bentuk 3 segi, nampak kemas dan teratur je

5) Begini rupanya apabila dah diselit, beg plastik akan jadi bentuk segi tiga yang kecil dan lebih mudah untuk disimpan dalam bekas

Cara lipat beg plastik jadi bentuk 3 segi, nampak kemas dan teratur je

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Baca Lagi:
Dua tahun suami jadi suri rumah jaga anak, sekali isteri staf hospital mengaku berzina rakan sekerja hingga hamil
Menteri Pertahanan mahu rekrut ‘hacker’ sebagai aset baharu pertahanan negara
Isteri anggota polis panjat dinding bilik air selepas kantoi curang dengan keluarga sendiri