Cara daftar permohonan I-Sayang KWSP

Photo of author

By Joe

Cara daftar permohonan I-Sayang KWSP. I-Sayang KWSP adalah merupakan sebuah inisiatif kemudahan yang telah dilancarkan oleh pihak kerajaan untuk seluruh rakyat Malaysia. Untuk makluman, program khas ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada golongan wanita yang merupakan isteri kepada pencarum.

I-SAYANG KWSP 2023

Program i-sayang adalah merupakan inisiatif yang telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi memberi pilihan kepada para suami (pemberi). Kadar pemindahan sebanyak 2 peratus syer pekerja yang diterima daripada pihak majikan ke dalam akaun KWSP isteri penerima.

Kepada golongan suami disarankan mendaftar i-sayang ini bagi menghargai isteri dan secara tidak langsung dapat memberikan simpanan sebanyak 2% setiap bulan kepada isteri tercinta.

Cara daftar permohonan I-Sayang KWSP

SYARAT KELAYAKAN PEMBERI & PENERIMA

Kriteria syarat kelayakan pemberi (suami) dan penerima (isteri) yang ingin membuat caruman i-sayang KWSP seperti berikut :
  • Warganegara Malaysia atau bukan warganegara
  • Merupakan pencarum / ahli KWSP
  • Belum mencapai umur 75 tahun
  • Status perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang negara Malaysia

CARA DAFTAR PERMOHONAN I-SAYANG KWSP

Untuk membuat pendaftaran permohonan i-sayang, ianya boleh dibuat oleh suami secara sukarela melalui 2 kaedah seperti berikut :
  • Layari laman rasmi i-Akaun KWSP – DI SINI
  • Hadir ke pejabat KWSP yang berdekatan bersertakan dengan borang permohonan pendaftaran i-sayang – KWSP 16G (SY) yang telah lengkap diisi.

Untuk makluman, untuk proses daftar permohonan i-sayang tidak perlukan dokumen sokongan.

CIRI-CIRI I-SAYANG KWSP

Berikut adalah ciri-ciri caruman melalui i-sayang seperti dibawah :
  • Permohonan dibuat secara sukarela daripada akaun suami dan pindahan akan dilakukan secara automatik setiap bulan. Setiap caruman yang dikreditkan ke akaun KWSP suami akan dipindahkan ke akaun isteri.
  • Pidahan sebanyak 2% caruman syer pekerja suami ke akaun KWSP isteri
  • Pindahan caruman ini tidak boleh dibatalkan kecuali berlaku penceraian atau kematian isteri (penerima)

Nota : Untuk caruman i-sayang hanya dibenarkan sebanyak 2% sahaja, kadar melebihi tidak dibenarkan.

Baca Lagi:
Jumpa dompet duit berkepuk, niat baik remaja pulangkan kepada tuan asal dibalas dengan ganjaran yang tak disangka
Bayaran Tambahan Fasa 2 RM300 telah mula dikreditkan hari ini, semak sekarang
Ini kisah sejarah Kicap Cap Kipas Udang yang korang selalu makan tu