Cara cuci barang kemas nak nampak berkilat macam baru beli, hanya guna teh pekat saja…

Cara cuci barang kemas nak nampak berkilat macam baru beli hanya guna teh pekat saja...

Cara cuci barang kemas nak nampak berkilat macam baru, hanya guna teh pekat saja. Ramai wanita yang memang suka kumpul dan pakai barang kemas sebagai perhiasan.Jika ada bajet lebih, beli barang kemas baru.Kalau takde bajet pakai je yang sedia ada.Namun barang kemas lama, terutama yang dipakai setiap hari akan kelihatan tak berkilat dan tak berseri.

Bila dah nampak kusam, ramai yang suka cuci di kedai untuk kembalikan serinya. Sebenarnya ada petua jimat dan cara semulajadi untuk cuci barang kemas ni agar nampak berkilat macam baru dibeli. Paling penting selamat, berkesan dan tanpa bahan kimia, dengan hanya menggunakan beberapa bungkus uncang teh.

Boleh rujuk perkongsian tip daripada Anis KakNik sebagai panduan.
“Pengumpul barangan kemas lepas ni dah tak payah susah-susah nak pergi kedai cuci. Boleh cuci sendiri saja, kos cuci pon tak perlu.Cara cuci emas selamat dan berkesan, tanpa bahan kimia”.

Bahan-Bahan Diperlukan:

  • 2,3 uncang teh
  • Berus Gigi
  • Air Suam

Cara Membuat:

1. Rendam teh 2, 3 uncang dalam air suam.

Cara cuci barang kemas nak nampak berkilat macam baru beli, hanya guna teh pekat saja...

2. Rendam barang kemas kira-kira 30 min atau lebih.

3. Gosok dengan berus gigi terpakai, berus gigi baru pun boleh.

Cara cuci barang kemas nak nampak berkilat macam baru beli, hanya guna teh pekat saja...

4. Bilas bersih dengan air barang kemas tersebut.

Cara cuci barang kemas nak nampak berkilat macam baru beli, hanya guna teh pekat saja...

Siap! Selamat Mencuba.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat rujukan mak-mak yang nak cuci barang kemas. Cara semulajadi yang jimat kos, jadikan emas kembali bersih bersinar dan berkilau macam baru beli.

Baca Juga : Seorang ayah sanggup tawarkan durian sebagai ganti untuk membeli mainan anak

Cara hilangkan bau busuk dalam kereta, guna serbuk Nescafe saja, confirm jadi

Cara nak ‘Left’ group WhatsApp tanpa diketahui ahli lain

Ini cara sebenarnya sembur minyak wangi untuk bau kekal lama

Ini cara mudah hilangkan kesan kuning pada Blender ramai orang tak tahu…

Leave a Reply

Your email address will not be published.