BYD jenama kereta elektrik paling laris di Malaysia, bukan lagi TESLA. Pasaran kenderaan elektrik (EV) di Malaysia menunjukkan pertumbuhan positif sehingga Julai 2024 dengan mencatatkan jumlah keseluruhan sebanyak 29,300 unit. Keadaan ini dipercayai didorong oleh pengenalan lebih banyak model EV di pasaran tempatan, serta insentif pengecualian cukai yang diperkenalkan oleh kerajaan baru-baru ini.
Menurut laporan dari Persatuan Kenderaan Beremisi Sifar Malaysia (MyZEVA), BYD menduduki tempat teratas dengan pegangan 33%, diikuti oleh Tesla (19%), BMW (19%), Mercedes Benz (5%), Porsche (3%), Great Wall (3%), Hyundai (2%), Smart (2%), MG (1%), dan Audi (1%).
Sembilan daripada sepuluh pengeluar kenderaan elektrik tersebut mencatatkan peningkatan sekurang-kurangnya dua digit antara satu hingga tiga puluh dua peratus pada bulan Julai berbanding bulan sebelumnya.
Hyundai pula merupakan satu-satunya jenama dalam senarai yang tidak mencatat pertumbuhan, mungkin disebabkan oleh julat harga yang tinggi, yang menjadi penghalang bagi pengguna yang berminat untuk membelinya.
Sementara itu, lima model kenderaan elektrik yang paling laku di Malaysia ialah BYD Seal dengan pegangan 17%, diikuti oleh BYD ATTO 3 (16%), Tesla Model Y (15%), Tesla Model 3 (13%), dan BYD Dolphin (8%). Dengan latar belakang elektrifikasi yang pesat dan peralihan pilihan pengguna, BYD muncul sebagai peneraju utama di Malaysia. Diharapkan industri EV di negara ini akan terus berkembang dengan sangat pesat dalam tempoh yang akan datang.