Buruk kesannya jika biarkan tahi burung melekat pada kereta lama-lama. Baru sahaja parkir kereta sekejap, tiba-tiba ada ‘hadiah’ di cermin kereta—tahi burung jatuh tepat di atas kenderaan.
Jika tidak dibasuh dengan segera, tahi burung itu akan mengeras dan menyukarkan proses pembersihan.
Ikuti perkongsian Facebook Armada Autowork yang menyediakan perkhidmatan lengkap penjagaan kereta, baik dari luar mahupun dalam.
“Di Malaysia, memang sukar untuk mengelakkan kereta kita daripada terkena tahi burung.
“Tahi burung bersifat asid dengan pH antara 3-4.5 dan mengandungi lapisan sampang atau lakuer (lacquer) yang boleh mengembang dan mengeras di sekeliling najis burung.
“Apabila najis burung tidak dicuci dan mengeras pada kereta, lama-kelamaan ia boleh menghakis clear coat (lapisan pelindung cat kereta).
“Jika dibiarkan terus, ia boleh meresap dan menjadi sebati dengan cat kereta. Sebatian ini akan menyebabkan cat kereta kelihatan kusam dan tidak berkilat,” jelas hantaran tersebut.
Langkah yang Perlu Diambil
- Jika najis tersebut telah mengeras, jiruskan dengan air terlebih dahulu dan biarkan ia lembut dalam masa 4 ke 6 minit.
- Kemudian gosok perlahan-lahan menggunakan kain yang sesuai.
- Jangan gosok terlalu kuat kerana ia berisiko mencalarkan kereta anda
- Sekiranya kesan najis burung tersebut masih tidak hilang, anda perlu polish bahagian tersebut.
Pastikan selepas ini anda segera membersihkan tahi burung di kenderaan anak, jangan tunggu berminggu-minggu baru nak cari kedai cuci kereta.