Bukti poligami itu bahagia, lelaki ‘review’ 3 isteri dan 11 anak undang pelbagai komen netizen. Satu klip video yang tular di media sosial ketika ini berkenaan seorang suami yang berjaya mendidik dan menjaga 11 orang anak bersama tiga isterinnya.
Difahamkan semua isteri dan anak-anak lelaki tersebut tinggal bersama, malah ke mana-mana sekalipun mereka tetap bersama.
Lelaki terbabit merupakan seorang ustaz dan juga tenaga pengajar di sebuah pondok yang difahamkan berada di salah satu negeri di sebelah utara tanah air.
Dalam video tersebut, lelaki terbabit membuktikan hidup bersama isteri-isterinya dan kesemua anak adalah satu detik yang amat bahagia.
Setiap aktiviti dilakukan bersama, malah lelaki tersebut memiliki sebuah van bagi memudahkan mereka untuk kemana-mana secara bersama.
Malah, dalam klip video tersebut juga, lelaki tersebut menyambut majlis hari jadi salah seorang isterinya bersama isteri-isteri yang lain disamping turut disertai oleh kesemua anak mereka.
Rata-rata pengguna media sosial turut memuji cara lelaki tersebut yang berjaya menyatukan kesemua keluarga mereka terutama anak-anak yang berlain ibu tinggal bersama.