Bukit Teletubbies terbakar gara-gara pasangan rakam ‘pre wedding’ guna ‘flare’

Photo of author

By Joe

Bukit Teletubbies terbakar gara-gara pasangan rakam ‘pre wedding’ guna ‘flare’. Kawasan savana yang dikenali sebagai Bukit Teletubbies di taman negara Gunung Bromo, Indonesia dilaporkan terbakar disebabkan oleh flare atau mercun suar dinyalakan untuk gambar pre wedding.

Seorang lelaki berusia awal 40-an telah ditahan oleh polis tempatan dan difahamkan dia yang memberikan idea untuk menyalakan mercun suar tersebut.

Ketika ini, kawasan yang mereka lakukan penggambaran itu berada dalam musim panas dan kering jadi rumput serta lalang di situ mudah terbakar.

Bukit Teletubbies terbakar gara-gara pasangan rakam 'pre wedding' guna 'flare'

Ketua Polis Probolinggo Wisnu Wardana mengesahkan suspek yang ditahan merupakan pengurus perancang perkahwinan.
Dia sebagai orang yang dipertanggung jawab dalam hal ini, malah tidak mempunyai permit khas untuk memasuki kawasan konservasi Gunung Bromo.

Pihak Taman Negara Gunung Bromo menyatakan rasa kesal kerana ketika kebakaran baru mula terjadi, mereka ini hanya membiarkan sahaja dan tidak berusaha untuk memadamkan api.

Tambah Wisnu, sesiapa yang mahu memasuki zon itu perlu mendaftar dan membayar harga permit mengikut jenis aktiviti yang hendak dilakukan.

Ketika mendaftar juga mereka perlu isytihar peralatan dan perkakasan yang dibawa masuk ke dalam kawasan itu.

Kini, akibat penggunakan mercun suar tersebut, 50 hektar hamparan rumput terbakar teruk dan pengurus perancang perkahwinan tersebut berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga 1.5 bilion Rupiah (RM456,000) jika sabit kesalahan.

Baca Lagi:
Ramai tak sangka ini senarai gaji artis terkenal Malaysia ketika buat persembahan
Ramai yang tak tahu, ini cara betul parkir kereta tayar kena senget!
Wanita terkejut terima duit RM20 palsu 2 keping dilukis tangan ketika salam kaut kenduri kahwin