Bukan saja-saja reka, rupanya ini sebab kenapa tapak air tin berbentuk serong ke dalam. Hari ini, terdapat pelbagai jenama dan perisa air berkarbonat atau bergas dijual dalam pasaran. Singgah sahaja di mana-mana pasar raya atau kedai runcit, pasti terdapat air minuman ini dijual.
Seperti yang kita sedia maklum, air berkarbonat telah dijual secara meluas sejak lama. Malah, ada segelintir individu sangat menggemari minuman manis ini sehingga dianggap sebagai minuman ‘wajib’ setiap hari.
Biasanya, air berkarbonat dijual dalam botol atau tin. Botol dan tin ini direka dengan ciri-ciri tertentu yang dapat menarik minat pengguna.
Namun begitu, ada bahagian tertentu pada botol atau tin yang direka khas untuk tujuan tertentu. Contohnya, bahagian serong ke bawah yang terdapat pada tapak tin air minuman.
Kenapa tapak tin air minuman bergas dicipta serong ke bawah? Ini bukan tanpa sebab, inilah alasannya.
Menurut portal Reader’s Digest, rekaan serong ke bawah tersebut bertujuan untuk membolehkan tin minuman air berkarbonat menahan tekanan.
Walaupun diperbuat daripada bahan aluminium nipis, dengan rekaan tersebut, tin tersebut dapat menahan tekanan sehingga 90 paun bagi setiap inci persegi.
Jumlah tersebut bersamaan dengan kira-kira enam kali tekanan atmosfera biasa. Ia sekaligus membolehkan tin tersebut menghalang gas yang terkandung di dalamnya daripada meletup keluar.
Selain itu, rekaan serong itu juga menjadikan tin minuman lebih stabil dan mudah disusun secara bertingkat dalam ruang sempit seperti dalam peti sejuk.
Ini merupakan fungsi lain daripada bahagian melengkung pada tin minuman yang ramai tidak mengetahuinya.
Menerusi video TikTok yang dimuat naik oleh @jordan_the_stallion8, lelaki ini berkongsi maklumat menarik lain berkenaan rekaan pada tapak tin air minuman berkarbonat.
Menurut @jordan_the_stallion8, bahagian melengkung dan serong pada tapak tin air minuman tersebut juga boleh digunakan untuk membuka penutup tin air minuman.
Anda boleh menonton video di bawah ini. Semoga bermanfaat.
@jordan_the_stallion8 #stitch with @knowledgesaurus #fypシ ♬ original sound – Jordan_The_Stallion8