Bukan saja-saja direka, ini sebab kenapa ada duit syiling ‘bergigi’ ditepi

Bukan saja-saja direka, ini sebab kenapa ada duit syiling ‘bergigi’ ditepi

Bukan saja-saja direka, ini sebab kenapa ada duit syiling ‘bergigi’ ditepi. Walaupun jarang dibawa, duit syiling masih diperlukan pada sesetengah ketika, terutamanya ketika membeli barangan di kedai runcit.

Walaupun fungsinya mungkin berkurang daripada zaman dahulu, ada satu aspek yang masih kekal – corak bergigi atau berlekuk-lekuk pada bahagian tepi duit syiling.

Rekaan corak ini sebenarnya diwujudkan untuk tujuan keselamatan dan mengelakkan unsur penipuan.

Bukan saja-saja direka, ini sebab kenapa ada duit syiling 'bergigi' ditepi

Ketika itu, kebanyakan duit syiling diperbuat daripada logam-logam berharga seperti perak dan tembaga. Ini terlihat menerusi sejarah duit Amerika Syarikat, di mana duit syiling pertama kali dikeluarkan pada tahun 1792.

Dengan berkembangnya lombong logam berharga, duit syiling terutama mengandungi perak dan tembaga. Corak bergigi pada bahagian tepi duit syiling menjadi penting untuk dua tujuan.

Pertama, ia menyulitkan pemalsuan dengan menambahkan elemen keamanan tambahan. Kedua, corak tersebut juga mencegah aktiviti yang dikenali sebagai “coins clipping.”

Coins clipping adalah amalan mengikis sedikit demi sedikit bahagian logam pada tepi duit syiling untuk dijual dan mendapatkan wang.

Corak bergigi memastikan bahawa sebarang perubahan pada bahagian tepi duit syiling dapat dikesan dengan mudah.

Apabila dikikis, bahagian bergigi menjadi haus, memudahkan pengenalpastian bahawa duit itu telah diubahsuai.

Walaupun penghasilan duit syiling pada masa kini tidak melibatkan logam berharga sepertimana dahulu, corak bergigi masih digunakan sebagai ciri keselamatan pada sesetengah duit syiling.

Meskipun tidak semua duit syiling mempunyai corak yang serupa, corak bergigi tetap menjadi satu aspek yang penting untuk mengelakkan penipuan dan aktiviti mengikis duit syiling.

Baca Lagi:
Selain kad merah dan kuning, bola sepak perkenal kad biru, ini fungsinya
Tak puas dengan bangunan terpanjang dan tertinggi, Arab Saudi bina bangunan bawah tanah paling dalam di dunia
Kenapa ya kita selalu sebut RM1,000 jadi 1K?
CATEGORIES