Bukan sahaja Manusia, haiwan pun berisiko kena strok haba

Bukan sahaja Manusia, haiwan pun berisiko kena strok haba

Bukan sahaja Manusia, haiwan pun berisiko kena strok haba. Cuaca panas melampau yang kini melanda beberapa negara, termasuk Malaysia, bukan sahaja memberi kesan kepada manusia, malah menimbulkan risiko kepada haiwan, termasuk mengalami strok haba.

Bekas Penolong Pengarah Zoo Negara yang juga Pensyarah Fakulti Farmasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Prof Madya Datuk Dr Vellayan Subramaniam, berkata seperti manusia, strok haba terhadap binatang juga boleh meragut nyawa.

Strok haba juga, katanya, boleh menyebabkan kerosakan organ dalaman haiwan jika tidak mendapat rawatan segera.

Bukan sahaja Manusia, haiwan pun berisiko kena strok haba

“Semua haiwan yang tergolong dalam kumpulan mamalia, reptilia mahupun burung turut mengalami strok haba,” katanya.

Beliau memberi contoh, anjing dan kucing mempunyai kelenjar sangat sedikit yang terletak di tapak kaki dan sekitar hidung untuk berpeluh, tidak seperti manusia yang boleh mengeluarkan peluh di setiap segi.

Katanya, haiwan di zoo juga perlu dijaga rapi pada musim panas dengan membekalkan air secukupnya untuk membasahkan badan walaupun kadangkala mungkin timbul masalah kerana bukan semua haiwan suka berendam dalam air seperti lembu, kerbau dan gajah.

Bukan sahaja Manusia, haiwan pun berisiko kena strok haba

Dr Vellayan yang juga bekas Ketua Veterinar di Zoo Negara, menjelaskan bagi haiwan yang tidak gemar badan dibasahkan dengan air, ia perlu diberikan air minuman secukupnya, selain ditempatkan di kawasan yang mempunyai tahap pengudaraan baik.

“Bagi haiwan yang sentiasa berada dalam air atau berendam seperti penguin dan memerang pula, kolam air disarankan ditambah dengan ketulan air batu bagi memastikan ia sejuk.

“Ini kerana air yang tidak mengalir juga boleh meningkat suhunya sekiranya cuaca panas terik,” katanya turut mengingatkan pemilik haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing supaya sentiasa peka terhadap keadaan kesihatan haiwan mereka.

Katanya, pemilik perlu sentiasa peka keadaan haiwan peliharaan mereka bagi menghindari risiko strok haba.

“Antara simptom strok haba seperti degupan jantung pantas, kesukaran bergerak, terpinga-pinga dan tidak menentu, menghasilkan banyak air liur serta lidah dan gusi biru kerana kekurangan oksigen dalam darah.

“Suhu badan haiwan juga akan melebihi 42 darjah Celsius, kurang keseimbangan atau kestabilan apabila bangun dengan empat kaki. Jika ini berlaku, pemilik perlu stabilkan suhu badan haiwan itu.

“Bawa ke doktor haiwan dengan segera kerana jika diabaikan, ia boleh mendatangkan kematian,” katanya.

Menurutnya, pemilik haiwan peliharaan juga boleh meredakan simptom strok haba dan dehidrasi dengan membasahkan badan haiwan peliharaan mereka.

“Letakkan tuala basah pada kepala dan dahi haiwan, selain memberikan air untuk diminum serta membasahkan lidah haiwan,” katanya.

Baca Lagi:
CEO Yayasan Peneraju kunci mulut selepas tular dipecat
Kerajaan Amerika Syarikat larang aplikasi Tiktok, rupanya ini CEO TikTok yang ramai tak tahu
PN bakal bentuk kerajaan?, angka 126 ditulis pemimpin BERSATU jadi tanda tanya
CATEGORIES