Bukan sahaja Anwar, Ismail Sabri pernah tolak guna kereta kalis peluru kerajaan

Bukan sahaja Anwar, Ismail Sabri pernah tolak guna kereta kalis peluru kerajaan

Bukan sahaja Anwar, Ismail Sabri pernah tolak guna kereta kalis peluru kerajaan. Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak daripada menggunakan kereta jenis Mercedes S600 yang dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) bukan perkara luar biasa.

Bekas Pengarah Media dan Strategik Komunikasi kepada Perdana Menteri, Datuk Ruhaidini Abd Kadir berkata, Perdana Menteri ke-9 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga pernah menolak untuk menggunakan kenderaan kalis peluru yang disediakan kerajaan untuknya.

“Sepanjang bergelar Perdana Menteri, Ismail Sabri lebih selesa menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang digunakan oleh pentadbiran terdahulu,” tulisnya dalam entri Facebook hari ini.

Bukan sahaja Anwar, Ismail Sabri pernah tolak guna kereta kalis peluru kerajaan

Anwar semalam memaklumkan beliau menolak daripada menggunakan kereta jenis Mercedes S600 yang dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum beliau memasuki pejabat.

Perdana Menteri berkata, langkah itu diambil kerana beliau tidak mahu sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atasnya.

Ruhaidini berkata, Ismail Sabri juga enggan meluluskan permohonan untuk mengubahsuai pesawat khas bagi kegunaan Perdana Menteri.

“Ismail Sabri juga terus tinggal di rumah peribadi dan memilih untuk tidak berpindah ke Seri Perdana meskipun kediaman rasmi Perdana Menteri sudah indah diubah suai,” katanya.

Baca Lagi:
Pemandu lori pamer kemahiran tahap ‘dewa’ berjaya elak nahas dipuji netizen
Pegawai Muhyiddin dedah perkara sebenar kenapa Agong tolak jadi Perdana Menteri ke 10
‘Shuib ada ciri lelaki idaman saya’
CATEGORIES