Bukan orang gila.. Dia mungkin ‘ahli syurga’

Bukan orang gila.. Dia mungkin ‘ahli syurga’

Bukan orang gila.. Dia mungkin ‘ahli syurga’. Hujung minggu lalu.. akak keluar seawal pagi dgn haluan ke pantai membawa sang putera menikmati indahnya alam & bermain hujan.. entah apa yg membawa kaki ke sini berhenti seketika mencari bekal kudap-kudapan di 7e dlm perjalanan.. keluar dari pintu kedai.. terlihat seorang lelaki tersidai di luar pintu.. terdetik hati “org kurang waras agaknya.. kesian dia..”

Tapi hati terasa nak menoleh kali kedua.. dia tiba-tiba tersenyum gembira.. “Puan Nadia!!!”.. teriaknya girang…

Terkejut.. eh.. dia kenal aku??

“Puan!! Puan ingat tak saya? Kurus la puan skrg.. dulu puan mengandung kan masa puan jaga saya..”

Bukan orang gila.. Dia mungkin 'ahli syurga'

Masih terpinga2.. cepat2 masukkan barang2 yg dibeli masuk ke kereta.. pesan kat putera berdua.. mama nak jumpa kawan mama jap kt luar tu..

Semakin akak menghampiri.. terdengar suara abang2 yg sedang mengopi di gerai sebelah.. “ehh jgn dkt2 sgt.. tu org gila!”

Akak tak peduli.. sbb wajah lelaki tu betul2 mcm pernah dikenali.. kalau masa mengandung dia boleh kenal.. bermakna 9 tahun yg lalu lamanya..

“Awak ingat saya lagi? Nama awak sapa..”

“Norazlan puan.. puan jaga saya dulu masa saya dalam pengawasan..”

MasyaAllah.. awak la Azlan.. awak boleh ingat saya lagi.. kenapa duduk sini.. mana keluarga awak.. tak duduk rumah ke.. sekarang kerja apa..

“Org tua semua dah meninggal puan, rumah takda org lain dah ambik.. sekarang tinggal kat bawah tangga kedai.. takda kerja.. tapi saya tak hisap dadah dah puan..” ujarnya dgn wajah polos.. tulus dan ikhlas..

Tersentuh sangat rasa hati.. bergenang air mata.. bekas klien yg ini.. bukanlah mcm kita.. orangnya kelainan upaya (mental) kerana sejarah hidupnya.. terjebak dadah kerana dianiaya.. namun beginilah takdir hidupnya..

Awak dah mandi.. gosok gigi tak? Dah makan? Mcm mana nak dapat duit kalau tak kerja..

Sambil memeriksa kukunya memastikan dirinya terurus.

“Baru lepas mandi puan.. duduk2 je kat sini.. nanti2 ada rezeki ada org bagi makan..” ujarnya masih dengan wajah tersenyum begitu..

“Nak ambik gambar dengan puan boleh?

Awak ada henpon ke?

“Takde.. guna henpon puan la.. Nanti puan simpan gambar saya jadi puan tak lupa saya lagi..”
🥹🥹🥹

Ok.. awak senyum la.. saya simpan gambar awk..

Ni apa yg awak genggam?

“Mainan saya ni puan.. saya buat sendiri.. boleh teman saya gi mana2..”
😭😭😭

Azlan.. jaga diri.. jangan terus mcmni.. cuba cari kerja apa yang awak mampu.. kalau tak ada makanan.. minta elok2 kat org2 yg baik hati.. jangan mencuri.. jangan ganggu orang.. nanti orang tangkap.. orang pukul awk..

“Tak puan saya tak kacau orang.. saya duduk diam2 je.. nanti puan datang la lagi tengok saya kat sini..

Meninggalkan dia dengan sedikit bekalan.. dan senyuman.. akak berlalu dari situ.. bermuhasabah diri sendiri.. apalah daya nak mengatur jalan hidup semua yang pernah kita “jaga”.. mungkin takdir hidupnya sudah begitu.. moga Allah sentiasa memberi perlindungan padanya.. dunia & akhirat..

Tapi dari situ Allah juga memberi kita kebahagiaan.. kegembiraan bila pernah membantu insan yang diuji dengan seikhlas hati.. bila mampu mengukir senyuman diwajah insan istimewa.. nikmatnya lain.. 😊 rasa sedih namun terubat hati.. walaupun pengakhiran cerita tak semuanya sempurna..

Begitulah.. kisah klien istimewa.. mungkin ahli syurga.. kadang-kadang.. insan sebegini lebih mengenang budi dan jasa dari yang lebih sempurna..

Kita memang tak selalu bertemu orang yang baik.. tapi tetaplah jadi baik untuk setiap orang yg kita temui..

Baca Lagi:
Wan Saiful umum letak jawatan Ketua Penerangan BERSATU
“Itu soalan bodoh…bagi mummy itu memang stupid”, Nabil Ahmad kena sound dengan Mas Idayu
Sebelum pergi bercuti tinggalkan rumah, sila letak duit syiling dalam ‘freezer’, ini sebabnya yang ramai belum tahu
CATEGORIES