“Bukan ke dilarang merokok dalam pengangkutan awam? Macam mana lesen boleh lulus ni.”- netizen

“Bukan ke dilarang merokok dalam pengangkutan awam? Macam mana lesen boleh lulus ni.”- netizen

“Bukan ke dilarang merokok dalam pengangkutan awam? Macam mana lesen boleh lulus ni.”- netizen. Tidak semua orang suka menggunakan kenderaan persendirian untuk melancong dan lebih memilih menggunakan pengangkutan awam. Banyak kriteria diambil kira sebelum membuat keputusan jenis pengangkutan awam yang mahu dinaiki.

Baru-baru ini tular perkhidmatan bas ekspres mewah baru, Alibaba Ekspres yang bakal beroperasi mulai 4 Mac 2022. Rekaan dalaman bas tersebut akan membuatkan anda berasa selesa dan berbaloi dengan harga yang dibayar.

Akan tetapi, ‘smoking room’ yang disediakan dalam bas ekspres tersebut menjadi bualan ramai. Hal tersebut telah disuarakan oleh Public Health Malaysia di Facebook milik mereka.

Menerusi perkongsian tersebut, Public Health Malaysia mempersoalkan bagaimana bilik untuk merokok boleh disediakan dalam bas. Menurutnya, hal ini jelas melanggar peraturan PPKHT 2004 yang telah mewartakan kenderaan awam sebagai tempat larangan merokok.

"Bukan ke dilarang merokok dalam pengangkutan awam? Macam mana lesen boleh lulus ni."- netizen

Pihak Public Health Malaysia juga menuntut penjelasan daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia berhubung isu kerana pelik bagaimana kenderaan awam dibenarkan untuk beroperasi dengan bilik khas merokok.

Persoalan tersebut turut mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi berhubung isu. Para netizen tidak bersetuju bilik khas merokok itu diwujudkan dan juga mengatakan ia berbahaya kepada pelanggan lain.

"Bukan ke dilarang merokok dalam pengangkutan awam? Macam mana lesen boleh lulus ni."- netizen

"Bukan ke dilarang merokok dalam pengangkutan awam? Macam mana lesen boleh lulus ni."- netizen

"Bukan ke dilarang merokok dalam pengangkutan awam? Macam mana lesen boleh lulus ni."- netizen

"Bukan ke dilarang merokok dalam pengangkutan awam? Macam mana lesen boleh lulus ni."- netizen

Tidak hanya itu, segelintir netizen turut berkongsi pengalaman mereka terdahulu apabila ada pemandu yang merokok dalam bas lalu menyebabkan rasa kurang selesa.

Akan tetapi, ada juga netizen tidak rasa ianya satu masalah mewujudkan bilik khas merokok kerana mungkin ‘target market’ syarikat bas tersebut hanyalah untuk mereka yang merokok.

Difahamkan, mengikut undang-undang Malaysia, tiada seorang pun dibenarkan menghisap rokok di dalam atau di atas mana-mana kereta api atau premis kereta api, kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan pelancongan.

Jika didapati melanggar peraturan tersebut maka anda boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.

Baca Lagi:

Tayangan ‘The Batman’ terpaksa diulang semula gara-gara VIP lambat masuk pawagam

[VIDEO] Lelaki panjat bumbung selamatkan diri setelah keretanya nyaris tenggelam

4 sebab yang perlu kita tahu jika sering batuk hingga ganggu tidur malam

CATEGORIES
TAGS