Bukan kaleng-kaleng, warganet terkejut UAI power dalam bab pesawat

Photo of author

By Joe

Bukan kaleng-kaleng, warganet terkejut UAI power dalam bab pesawat. Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) bukan sahaja pakar dalam bidang ilmu agama, malah beliau juga mampu memberikan penerangan secara terperinci mengenai pesawat tempur termasuk AC-130.

Dalam satu video yang diambil semasa program ceramah, Ustaz Azhar ditanya mengenai pesawat AC-130 dan beliau menjelaskan dengan mendalam, menunjukkan minatnya yang mendalam dalam bidang ketenteraan.

“Sejarah pesawat ini bermula pada tahun 1967, dan ia mula digunakan secara meluas pada tahun 1968 semasa Perang Vietnam. Pesawat ini dihasilkan oleh syarikat Boeing, dengan sayap sepanjang 40 meter (126 kaki), panjang badan 30 meter (90 kaki lebih), dan kelajuannya adalah 482 kilometer sejam (km/j).

Bukan kaleng-kaleng, warganet terkejut UAI power dalam bab pesawat

“Dulu, kita kenal Hercules C-130, tetapi kini telah dimajukan menjadi AC-130, dengan varian seperti AAC, 130A, serta yang lain seperti J, H, U, W.
“Pesawat yang hebat ini muncul dalam filem Olympus Has Fallen, di mana pesawat itu terbang ke bandar dan dilengkapi dengan mesingan. Dalam filem tersebut, ia melancarkan tembakan di bandar Washington dan menembak orang ramai,” katanya dalam video yang dimuat naik di platform X.

UAI juga menerangkan mengenai pesawat tempur lain yang ditunjukkan dalam salah satu filem lakonan Arnold Schwarzenegger.

“Dalam filem, pesawat itu dilengkapi dengan mesingan seperti yang digunakan oleh Arnold Schwarzenegger. Jika terkena, perut seseorang boleh ‘terbuka’. Pesawat tersebut sangat berbahaya, walaupun nampak seperti hanya menggunakan kipas.

“Pesawat ini telah menyebabkan banyak korban semasa di Afghanistan, terbang rendah dan merosakkan rumah rakyat,” katanya.

Selain itu, Ustaz Azhar memberitahu bahawa beliau pernah melanggan majalah ketenteraan sebelum ini.

“Dulu saya suka membaca majalah ketenteraan yang diterbitkan setiap bulan. Majalah tersebut memuatkan perincian spesifikasi senjata baharu. Saya pernah melanggan dan membacanya,” katanya.

Baca Lagi:
Harga minyak sawit dijangka cecah RM4,100 satu tan menjelang akhir tahun 2024
Nenek pegang rotan jadi cikgu disiplin dekat masjid raih perhatian ramai
Manusia semakin kejam! Mayat bayi ditemui dalam simen tempat parkir kereta