“Buka je media sosial, mesti ada iklan dia”- Lelaki ini jadi orang paling kaya di China. Pengasas platform e-dagang dari China, Temu, Colin Huang, kini menjadi orang terkaya di China pada masa ini.
Aplikasi Temu telah menjadi sensasi kerana teknik pemasarannya yang sangat agresif di pelbagai platform media sosial, dengan banyak netizen pernah melihat iklan berkaitan Temu.
Colin Huang, seorang bekas pekerja Google, berjaya membina platform yang berpengaruh dalam masa yang singkat melalui kepakarannya dalam algoritma dalam talian.
Temu sering dianggap sebagai platform yang menawarkan harga rendah untuk barangan unik dari pelbagai kategori.
Huang, yang juga pengasas PDD Holding, memiliki Temu serta satu lagi aplikasi runcit di China iaitu Pinduoduo. Beliau kini mempunyai kekayaan sebanyak AS$48.6 bilion atau sekitar RM214.8 bilion.
Ini menjadikannya mengatasi Zhong Shanshan, pengasas jenama Nongfu Spring, yang telah bertahan sebagai orang terkaya China sejak April 2021. Huang juga merupakan orang ke-25 terkaya di dunia pada masa ini.
China’s new richest dude isn’t Jack Ma; it’s this guy, Colin Huang
(be honest, you haven’t heard of him) pic.twitter.com/i6M7RgdmwU
— Alex MacGregor (@alexmacgregor__) August 9, 2024
Menurut sumber, Huang, yang dilahirkan pada tahun 1980 di Hangzhou, China timur, merupakan seorang yang genius dalam matematik.
Pada tahun 2015, beliau mengasaskan Pinduoduo, yang berjaya berkembang menjadi salah satu laman e-dagang gergasi di China dan menjadi pesaing kepada Alibaba milik Jack Ma.
Selepas kejayaan Pinduoduo, Huang melancarkan platform e-dagang Temu yang berpangkalan di Amerika Syarikat, dan ia berjaya menarik ramai pengguna kerana menawarkan barangan terus dari China pada harga yang rendah.
Temu berkembang pesat di Eropah, Amerika Selatan, dan Asia.