Budak perempuan menangis disisi mayat ibu mati dibunuh

Budak perempuan menangis disisi mayat ibu mati dibunuh

Budak perempuan menangis disisi mayat ibu mati dibunuh. Polis Tawau mengesahkan video tular memaparkan seorang kanak-kanak menangis di sisi mayat seorang wanita dipercayai ibunya adalah kes bunuh dalam kejadian di Kampung Icebox, Tawau, petang tadi.

Bagaimanapun, punca kejadian belum dapat dipastikan setakat ini dan sepasukan polis masih menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Budak perempuan menangis disisi mayat ibu mati dibunuh

“Kita ada menerima laporan mengenai kes bunuh berkenaan petang tadi.

“Polis bertugas masih berada di lokasi kejadian bagi melakukan siasatan lanjut dan maklumat akan disalurkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Terdahulu, video berdurasi 24 saat itu memaparkan seorang kanak-kanak perempuan menangis sambil melihat mayat ibunya yang terbaring dalam keadaan berlumuran darah dipercayai dibunuh.

Baca Lagi:
Tragedi tanah runtuh: Lelaki korek tanah sampai jumpa bayi tertimbus
Rupanya dalam IC kita ada duit, ini cara nak claim
Janganlah kahwin dekat Thailand, jadikan kisah ini sebagai pengajaran
CATEGORIES