Budak perempuan 7 tahun hilang sebelah mata terkena serpihan bateri vape meletup

Photo of author

By Joe

Budak perempuan 7 tahun hilang sebelah mata terkena serpihan bateri vape meletup. Seorang kanak-kanak perempuan baru-baru ini kehilangan penglihatan selepas satu matanya terkena serpihan letupan bateri vape yang digunakan oleh individu lain.

Ibunya, Ciara, 32, memberitahu Irish Mirror bahawa anaknya, Ruby Grainger, 7, baru sahaja membeli ais krim dari sebuah van yang diletakkan berhampiran rumah mereka di pinggir bandar Tallaght ketika kejadian tersebut berlaku.

“Dia sedang berjalan ke arah van, dan apabila dia pulang, sesuatu meletup di mukanya kerana bateri vape yang dihisap oleh remaja di kawasan itu meletup.

Budak perempuan 7 tahun hilang sebelah mata terkena serpihan bateri vape meletup

“Apa yang saya dengar hanyalah jeritannya. Apabila saya sampai ke rumah, saya terkejut melihat mukanya berdarah,” katanya.

Ciara berkata Ruby dikejarkan ke Hospital Tallaght dengan ambulans dan pada malam yang sama, dia dipindahkan ke Hospital Mata dan Telinga Diraja Victoria.

“Doktor terpaksa membuang matanya dalam satu pembedahan kecemasan pada 5 Oktober.

“Doktor memberitahu ini adalah kes pertama yang melibatkan kerosakan jenis ini akibat kebakaran.

“Doktor percaya kerosakan itu berpunca daripada asid bateri kerana matanya rosak teruk,” katanya.

Ciara juga menyatakan kekecewaannya kerana anaknya yang masih kecil kehilangan penglihatan akibat kecuaian orang lain.

“Seorang anggota keluarga kami melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian dan menemui beberapa vape yang terbakar.

“Dia masih kecil. Jika saya boleh memberikan apa-apa kepada dia, saya akan berikan segalanya,” katanya.

Kempen mengumpul dana telah dilancarkan untuk pemasangan mata palsu untuk kanak-kanak itu.

Doktor berharap mata Ruby dapat sembuh sepenuhnya dalam tempoh enam minggu supaya dia boleh menjalani pembedahan lanjut.

Baca Lagi:
Peluk pengantin lelaki, menangis atas pelamin bekas kekasih undang ramai sebak
Nenek buta sebelah mata tayang skil menembak, dapat markah paling tinggi
Wang rasuah RM5 juta dipercayai milik ahli politik berpengaruh ditemui dalam ‘safe house’