Budak perempuan 4 tahun maut jatuh dari tingkat 18

Budak perempuan 4 tahun maut jatuh dari tingkat 18

Budak perempuan 4 tahun maut jatuh dari tingkat 18.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut akibat terjatuh dari balkoni kediamannya di tingkat 18 sebuah kondominium di Jalan Danau Saujana 2, Setapak, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata polis menerima laporan mengenai kejadian di Blok B, Kondominium PV10 itu kira-kira 2 pagi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak itu dikatakan tidur bersendirian dan ibunya tiada di rumah, manakala penghuni lain di kediaman itu tidur di bilik masing-masing dan tidak mengetahui kanak-kanak itu ditinggalkan bersendirian.

fdca43d8 d826 40a4 8e2c 80187da7a2e3

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi ‘Hotline’ Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Ashari menasihati orang ramai terutama ibu bapa agar tidak meninggalkan anak-anak kecil bersendirian tanpa pengawasan, kerana perbuatan itu boleh dianggap sebagai satu kecuaian di bawah Akta Kanak-kanak 2001.

Baca Lagi:

Mula-mula rasa seram tapi bila fikir balik, saya rasa sedih..Wanita terakam suara orang menjerit di sekitar kubur anaknya

Lelaki pukul dua perompak sampai mati, didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh

Pengemis fasih berbahasa inggris meminta makanan, tindakan wanita ini buat ramai tersentap

CATEGORIES