Budak mandi telur, patutlah susah nak dapat sekarang..

Budak mandi telur, patutlah susah nak dapat sekarang..

Budak mandi telur, patutlah susah nak dapat sekarang… Tindakan seorang kanak-kanak perempuan yang bermandikan lebih seratus biji telur ayam bikin orang ramai ‘pening’.

Perkongsian video melalui akaun TikTok @rais_murtabak_kadok yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak itu menyaksikan aksi riang anaknya memecahkan lebih seratus biji telur yang akan digunakan bagi membuat murtabak untuk dijual.

Bagaimanapun, wanita itu dilihat seolah-olah reda apabila meninggalkan kaspyen ‘anak oh anak, sabar sahajalah, telur sudah menjadi bubur’.

Sejurus video itu tular, orang ramai meninggalkan pelbagai reaksi termasuklah memahami perasaan sang ibu tersebut apatah lagi telur begitu sukar untuk diperoleh ketika ini dipercayai akibat kekurangan stok.

Budak mandi telur, patutlah susah nak dapat sekarang..

“Ya Allah anak, bukan mudah nak dapat telur sekarang, menangislah ibu awak, sabarlah kakak. Budak cerdik memang banyak telatahnya,” komen seorang pengguna TikTok.

“Allahuakbar, kena sabar paling tinggi buat ibu bapa dia. Telur susah dapat, tetapi awak boleh mandi telur ye? Tinggal masuk dalam kuali sahaja, comel sungguh telatah budak-budak,” komen seorang lagi pengguna TikTok.

“Telur ibarat barangan penting dah sekarang adik. Lebih seratus biji telur awak pecahkan dan mandi. Bertuah sungguh budak kecil ini,” usik pengguna TikTok itu.

Sementara itu, orang ramai lebih memikirkan bagaimana cara hendak membersihkan telur-telur yang telah dipecahkan kerana pastinya akan meninggalkan bau hanyir.

“Kalau aku menangis bukan sebab susah dapat atau harga telur, tetapi sebab kena bersihkan, itu yang tidak sanggup dengan bau hanyir lagi, nasib bukan anak aku, anak duhai anak,” tulis pengguna TikTok itu.

“Telur memang susah hendak dibersihkan, sudah bersih pun akan ada lagi bau hanyir dia. Memang boleh menangis masa hendak bersihkan ini,” kongsi pengguna yang lainnya.

Setakat ini, perkongsian video yang tular itu telah meraih lebih 400,000 tontonan, 15,100 tanda suka dengan 2207 perkongsian dan dihujani dengan pelbagai komen daripada orang ramai.

@rais_murtabak_kadok anak oh anak…sabar jela…telur dah jadi bubur#CapCut #usahawanmuda #abgmurtabakkadok #fyp ♬ bunyi asal – Rais_Murtabak_Kadok

Baca Lagi:
Mat rempit buat ‘willy’ motosikal jatuh tergolek nyaris dilanggar lori
Zaiton Sameon gembira bakal miliki kediaman sendiri setelah layak menerima kad OKU
Jadual siaran langsung perlawanan Piala Dunia FIFA 2022 mengikut waktu Malaysia
CATEGORIES