Budak lelaki 2 tahun ditelan badak air

Budak lelaki 2 tahun ditelan badak air

Budak lelaki 2 tahun ditelan badak air. Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di Uganda ditelan seekor badak air sebelum binatang buas itu memuntahkan kembali mangsa, lapor akhbar New York Post semalam.

Mangsa dimuntah keluar selepas saksi kejadian bertindak merejam badak air itu dengan menggunakan batu, kata polis.

Identiti mangsa tidak didedahkan. Dia bermain sendirian berhampiran rumahnya di tepi sebuah tasik di bandar Katwe Kabatoro Ahad lalu apabila seekor badak air yang kelaparan membaham mangsa menggunakan rahangnya yang besar, lapor saluran radio Capital FM Uganda.

Budak lelaki 2 tahun ditelan badak air

Sebelum badak air itu sempat menelan mangsa sepenuhnya, seorang saksi kejadian, Chrispas Bagonza mula melempar batu ke arahnya, menyebabkan haiwan itu ‘memuntahkan’ mangsa kembali, demikian menurut agensi yang paling awal melaporkan kejadian tersebut.

Mangsa dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan di bandar berhampiran, Bwera. Badak air tersebut dikatakan telah melarikan diri ke dalam tasik, demikian menurut laporan sama.

“Bagonza melempar batu ke arah badak air tersebut dan menakutkannya, menyebabkan ia melepaskan mangsa dari dalam mulutnya,
“Dia memberanikan diri untuk menyelamatkan mangsa,” kata Polis Uganda kepada akhbar Telegraph Uk.

Badak air dianggarkan membunuh sekurang-kurangnya 500 orang setahun di Afrika dengan mengunyah mangsa menggunakan gading yang boleh membesar sepanjang 30 sentimeter (sm).

Baca Juga : 
Tukang masak pakai baju Perikatan Nasional pegang ‘anu’ anak kencing didapur masak undang kecaman netizen
Tun M sah letak jawatan Pengerusi Parti Pejuang
PM Anwar dedah sesuatu tentang Agong buat ramai rakyat jelata terkejut
CATEGORIES