Budak 8 tahun sesat jalan minta bantuan guna mesin ATM buat ramai terkejut

Photo of author

By Joe

Budak 8 tahun sesat jalan minta bantuan guna mesin ATM buat ramai terkejut. Tindakan pantas dan bijak seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun untuk mendapatkan bantuan selepas tersesat jalan telah meraih pujian daripada warga maya.

Menurut SCMP, kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang berasal dari Quzhou, Zhejiang itu pada awalnya terpisah daripada datuknya semasa perjalanan pulang dari kelas menari.

Kanak-kanak itu merasa cemas dengan situasi yang dihadapinya dan tidak mempunyai telefon bimbit untuk menghubungi keluarganya.

Budak 8 tahun sesat jalan minta bantuan guna mesin ATM buat ramai terkejut

Namun, kanak-kanak tersebut menunjukkan kecerdikan apabila berusaha mendapatkan bantuan melalui mesin pengeluaran wang (ATM) yang terletak di kawasan berhampiran.

Menerusi rakaman CCTV di kemudahan tersebut, kanak-kanak itu dilihat menekan butang panggilan kecemasan pada sistem interkom ATM.
Sistem tersebut kemudian menghubungkan kanak-kanak itu ke pusat kawalan bank.

Menurut SCMP, seorang kakitangan di Bank Komersial Luar Bandar Quzhou telah menjawab panggilan kanak-kanak tersebut.

Kakitangan bank berkenaan kemudian meminta penjelasan mengenai situasi yang dihadapi dan terus menghulurkan bantuan.

“Adakah kamu mempunyai nombor telefon datuk kamu?” tanya kakitangan tersebut.

Namun, kanak-kanak itu tidak mempunyai nombor telefon datuknya dan juga tidak mengingati nombor telefon ahli keluarga yang lain.

Susulan itu, kakitangan bank melaporkan kejadian tersebut kepada polis tempatan dan meminta kanak-kanak itu supaya tidak meninggalkan lokasi ATM tersebut.

Anggota polis dari Biro Keselamatan Awam Daerah Kaihua tiba di ATM berkenaan tidak lama kemudian, dan kanak-kanak tersebut akhirnya berjaya bersatu semula dengan datuknya.

Kisah kanak-kanak itu menjadi tular di media sosial dan menarik perhatian warga maya. Rata-rata memuji kecerdasan kanak-kanak tersebut yang berjaya memikirkan solusi pantas dalam situasi cemas.

Menurut akhbar tempatan, kebanyakan kemudahan ATM di Hangzhou kini dilengkapi dengan dua butang kecemasan, iaitu butang panggilan kecemasan dan butang siren kecemasan.

Butang panggilan kecemasan, seperti yang digunakan oleh kanak-kanak itu, menghubungkan sistem interkom kepada kakitangan yang bertugas di pusat kawalan bank.

Manakala butang siren kecemasan direka khas untuk menghantar isyarat segera kepada balai polis terdekat sekiranya berlaku situasi tidak diingini di ATM tersebut.

Baca Lagi:
10 tahun suami buat kerja kotor, bagi isteri makan ubat tidur ajak kawan lelaki tidur sekali
‘Kepala beruk’ jadi rebutan orang ramai di Kuala Berang
Kajian dedah wanita Thailand no.1 di dunia paling tidak setia, wanita Malaysia pun tersenarai sekali?