
Budak 5 tahun maut terkena tali layang-layang di leher
Budak 5 tahun maut terkena tali layang-layang di leher. Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di Kapuas Hulu, Kalimantan Barat maut akibat lehernya terkena tali layang-layang.
Jurucakap polis Kapuas Hulu, Joni memberitahu, mangsa sempat dibawa ke hospital untuk rawatan kecemasan, namun kecederaan yang dialaminya parah sehingga dia tidak dapat diselamatkan.
“Ketika kejadian, mangsa dan ibu bapanya menaiki motosikal melalui sebuah jambatan.
“Ketika berada di atas jambatan itu, keluarga itu tidak perasan tali layang-layang yang merentang.
“Akibatnya, tali itu mengenai mereka sekeluarga dengan mangsa mengalami kecederaan paling teruk,” katanya.
Susulan insiden itu, ibu bapa mangsa mengalami kecederaan pada bahagian muka dan jari, manakala kanak-kanak tersebut cedera pada leher dengan pendarahan teruk.
Pasukan perubatan cuba menyelamatkan kanak-kanak itu, namun usaha mereka gagal dan mangsa diisytiharkan meninggal dunia beberapa jam selepas insiden tersebut.
Baca Lagi:
Pengguna bakal berdepan kenaikan bil elektrik bulanan pada kadar minimum RM187
Rahsia lelaki ‘check in’ hotel mewah selama 603 hari akhirnya terbongkar
Kereta Proton Saga berjalan atas air jadi perhatian warganet, rupanya ini kejadian sebenar
CATEGORIES Berita