Budak 3 tahun ditemui mati dalam mesin basuh

Budak 3 tahun ditemui mati dalam mesin basuh

Budak 3 tahun ditemui mati dalam mesin basuh. Pihak berkuasa Paris melancarkan siasatan Jumaat lalu selepas seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun meninggal dunia akibat lemas di dalam sebuah mesin basuh milik keluarganya, lapor portal berita MailOnline.

Menurut pihak pendakwa raya, kanak-kanak tersebut ditemui di dalam mesin basuh itu di sebuah apartmen milik keluarganya di timur laut Paris pada malam Khamis lalu.

Kehilangan kanak-kanak itu pada mulanya hanya disedari ketika bapanya makan malam bersama ibunya serta salah seorang anak mereka yang lain, lapor akhbar Le Parisien.

Pada akhir makan malam itu, ibu bapanya menjadi bimbang tentang ketiadaan anak mereka. Ia menyebabkan seluruh keluarga pergi mencarinya di bahagian dalam dan di luar apartmen dan meminta bantuan jiran mereka.

Budak 3 tahun ditemui mati dalam mesin basuh
Gambar hiasan

Bagaimanapun, Le Parisien melaporkan bahawa mangsa akhirnya ditemui kira-kira pukul 10.30 malam (waktu tempatan) di apartmen tersebut dan bapanya segera menghubungi perkhidmatan kecemasan untuk mendapatkan bantuan perubatan.

Menurut Le Parisien, kanak-kanak itu sudah berada dalam keadaan kritikal ketika diselamatkan dan dia disahkan meninggal dunia sejurus selepas pukul 11.30 malam (waktu tempatan).

Menurut bapanya, pintu mesin basuh itu berada dalam keadaan tertutup sebelum ahli keluarga menemui anak mereka berada di dalamnya.

Maklumat awal menunjukkan bahawa kematian kanak-kanak tersebut boleh dikaitkan dengan sesak nafas dan tiada tanda-tanda keganasan pada tubuhnya.

Baca Lagi:
Kecoh wang Bantuan Awal Persekolahan RM100,000 lesap
Tiga pasport dari negara Asia ini paling berkuasa tahun 2023
Pengalaman yang jarang orang dapat tengok, ikan paus lahirkan anak depan-depan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *