Budak 3 tahun aktif lain macam, rupanya positif syabu. Seorang wanita merasa khuatir apabila anaknya yang berusia tiga tahun masih aktif bermain dan tidak mahu tidur selama dua malam.
Langsung tidak mahu makan, badan kanak-kanak itu juga didapati berbau berikutan peluh yang keluar bercucuran tiada henti.
Terlalu aktif, ibu tersebut kemudian mengejarkan anaknya ke hospital selepas merasakan ada sesuatu yang tidak kena.
Setelah melakukan pemeriksaan, pihak hospital mendapati kanak-kanak itu positif dadah jenis Methamphetamine atau Syabu.
Sang ibu yang dikenali sebagai Melly itu berkata kejadian tersebut berlaku setelah dia membawa anak untuk mengunjungi jirannya.
Melly kemudian meminta segelas air dari jiran tersebut sebelum memberi minuman itu kepada anaknya yang dahaga.
Jurucakap Polis Kalimantan Timur, Yusuf Sutejo mengesahkan kejadian yang berlaku di Samarinda, Kalimantan Timur, Indonesia itu.
Balita laki-laki berusia 3 tahun di Samarinda, Kalimantan Timur, positif sabu-sabu usai meminum air putih di rumah tetangganya. Akibatnya, anak tersebut jadi hiperaktif dan tidak bisa tidur selama 2 hari 2 malam. #newsupdate #update #news #videonews https://t.co/VDuRddvpgf pic.twitter.com/QNwMwN3ECm
— kumparan (@kumparan) June 11, 2023
Telah dikenal pasti, Yusof memaklumkan bahawa suspek iaitu jiran Melly sudah berada di dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut.
Menurut Yusof, kanak-kanak itu disyaki diberi air minuman dengan bekas yang digunakan untuk menghisap syabu atau bong.
Telah dicuci dengan bersih, suspek tidak menyangka bekas itu masih memberikan kesan dadah kepada kanak-kanak malang tersebut.
“Yang bersangkutan (suspek) tidak menyangka bahawa bekas air botol yang dipakai bong airnya masih memiliki kesan narkoba (dadah),” katanya.