Budak 12 tahun cipta sejarah jadi pelajar termuda masuk Universiti Malaya

Photo of author

By Joe

Budak 12 tahun cipta sejarah jadi pelajar termuda masuk Universiti Malaya. Seorang kanak-kanak mencatat sejarah sebagai pelajar termuda yang pernah mendaftar di Universiti Malaya (UM) sejak penubuhannya pada tahun 1962.

Izz Imil Shahrom yang mendaftar pada hari Sabtu akan mengikuti pengajian Sarjana Muda Sains dalam Matematik.

Berdasarkan perkongsian Fatimah Kari di Facebook, Izz Imil memasuki Tingkatan 1 di Permata Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia ketika berusia enam tahun, diikuti dengan pembelajaran O Level pada usia lapan tahun dan A Level pada usia 11 tahun.

Budak 12 tahun cipta sejarah jadi pelajar termuda masuk Universiti Malaya

Ramai pengguna media sosial merasa kagum dengan kebijaksanaan Izz Imil dan ada yang menyamakannya dengan Sheldon Lee Cooper, watak fiksyen dalam sitkom Amerika The Big Bang Theory.

Hafizulrahman Mazelin dalam komennya menyatakan bahawa kanak-kanak pintar itu seperti Sheldon Cooper versi Melayu Muslim. “Moga ALLAH berkati perjalanan adik mencari ilmu,” kata Rashidin Idris.

Jasni JassOmar pula berasa teruja dengan perkongsian itu. “Wow, berita hebat, pencapaian hebat dan sejarah yang hebat. Tahniah kepada adik ini,” katanya.

Baca Lagi:
Gadis Kazakhstan sedang cari jodoh, tak kisah bakal suami gaji RM3,000
Janna Nick dedah terima DM dari individu mahu pinjam duit RM8,500 kerana kantoi mencuri
Guru tampar anak murid gara-gara tidak dipanggil ‘cikgu’