Budak 11 tahun tangkap ular sawa panjang gergasi guna tali raih perhatian ramai. Seorang budak lelaki berusia 11 tahun menunjukkan tindakan berani apabila berjaya menangkap seekor ular sawa sepanjang tujuh meter menggunakan tali.
Aksi kanak-kanak yang dikenali sebagai Hakim itu dirakam oleh rakannya dan telah menjadi tular di media sosial.
Menurut laporan Detik, kejadian berlaku pada hari Jumaat lalu di Desa Siambo, Kecamatan Anggerja, Sulawesi Selatan. Ketika Hakim dan beberapa rakannya baru pulang dari memancing, mereka terserempak dengan ular sawa tersebut di dalam semak.
Dengan menggunakan seutas tali, Hakim menghalakan ular itu menggunakan ranting ke arah kepalanya dan cuba menariknya keluar dari kawasan semak dengan bantuan rakannya.
Kanak-kanak tersebut kemudian menarik tali yang mengikat kepala ular berkenaan.
Dilaporkan bahawa ular tersebut mati kerana terjerut.
Selepas itu, mereka membuang bangkai ular sawa itu ke dalam hutan.
Menurut mereka, reptilia tersebut mungkin cuba ‘mengintai’ lembu milik penduduk kampung yang diternak berhampiran kawasan di mana ular itu ditemui.