Budak 11 tahun hilang kedua belah kaki digilis lori simen gara-gara selamatkan kucing

Photo of author

By Joe

Budak 11 tahun hilang kedua belah kaki digilis lori simen gara-gara selamatkan kucing. Seorang kanak-kanak perempuan cedera parah di bahagian kaki sehingga terpaksa dipotong kerana digilis lori ketika cuba menyelamatkan seekor kucing.

Kaki terpaksa dipotong

Memetik laporan Tribun News, ketika kejadian mangsa, Nabila Febrianti melihat seekor kucing berada di tengah jalan raya di Labuhan Batu, Sumatera Utara di Indonesia.

Budak 11 tahun hilang kedua belah kaki digilis lori simen gara-gara selamatkan kucing

Dia kemudian berlari ke arah kucing tersebut kerana haiwan itu hampir dilanggar lori yang sarat dengan muatan simen.

Malangnya, kaki kanak-kanak berusia 11 tahun itu digilis lori dan dihempap dengan tayar.

Susulan itu, Nabila dikejarkan ke Hospital Rantau Prapat untuk mendapatkan rawatan manakala kucing tersebut berjaya diselamatkan.

Walau bagaimanapun, kedua-dua belah kaki Nabila terpaksa dipotong dan dia kini masih menjalani rawatan di hospital.

Kisah menyayat hati itu tular di media sosial dan meraih perhatian warganet apabila tersebar gambar kanak-kanak tersebut yang kelihatan masih tersenyum walaupun kehilangan kakinya.

Baca Lagi:
Lelaki terdesak perlukan duit, terpaksa lelong pontianak belaannya buat ramai netizen meremang
Murid tadika bagitahu ada ular dalam bas, penjaga tak percaya marah cakap mengarut, sekali ular jatuh atas tempat duduk
Wanita merana kemaluan terasa terbakar, rupanya disihir ibu mentua dengan cara lumur darah haid pada badan