Budak 10 tahun meninggal dunia selepas jururawat suntik ubat penenang

Photo of author

By Joe

Budak 10 tahun meninggal dunia selepas jururawat suntik ubat penenang. Seorang budak lelaki berusia 10 tahun dari Cianjur, Jawa, Indonesia telah meninggal dunia selepas diberi suntikan akibat demam panas yang dialaminya.

Peristiwa bermula ketika ibu bapa membawa mangsa ke Pusat Kesihatan Komuniti Sindangbarang pada 21 April lalu untuk mendapatkan rawatan.

Menurut laporan media tempatan, demam panas mangsa telah beransur reda semasa menerima rawatan.

Budak 10 tahun meninggal dunia selepas jururawat suntik ubat penenang

Namun, selepas diberi suntikan antibiotik, mangsa tiba-tiba mengalami sawan.

Jururawat segera memberikan suntikan kedua yang dipercayai sebagai ubat penenang, dan sawan itu berhenti.
Mangsa kemudian disuntik sekali lagi untuk kali ketiga, namun tubuhnya tidak memberikan sebarang respon.
Mangsa dilaporkan mengalami koma dan terpaksa diberi oksigen tambahan, tetapi tidak lama kemudian disahkan meninggal dunia.

“Ibubapa saya kecewa dengan pusat kesihatan ini dan mendakwa petugas perubatan mereka cuai semasa memberikan rawatan,” kata ibu mangsa, Syarifahlawati, 43.

Syarifahlawati menyatakan bahawa keluarganya telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Cianjur.

Difahamkan bahawa Perkhidmatan Kesihatan Daerah Cianjur telah mengarahkan Pusat Kesihatan Komuniti Sindangbarang untuk memberikan penjelasan penuh berhubung kes tersebut.

Baca Lagi:
Satu keluarga bercuti di Tasik Chini, sekali esoknya ‘resort’ bertukar jadi buruk dan usang?
“Aku dedah dekat isteri dia yang aku terlanjur dengan suami dia, sekali ini respon isteri dia buat aku terkejut..”
“Betul ke banduan akan pengsan bila kena sebat?”- Pegawai ini kongsi keadaan sebenar ketika hukuman sebat dijalankan