Buaya tembaga seberat 180 kilogram tersesat masuk parit

Photo of author

By Joe

Buaya tembaga seberat 180 kilogram tersesat masuk parit. Seekor buaya tembaga dipercayai tersesat masuk ke dalam parit berjaya ditangkap menggunakan selimut dan tali di kawasan Taman Nuri Batu 7 di sini pada hari Selasa.

Dalam kejadian sekitar jam 7 pagi itu, reptilia berkenaan berjaya ditangkap oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan selepas menerima aduan daripada penduduk di taman tersebut.

Timbalan Pengarah APM Sabah, Leftenan Kolonel (PA) Erwin @ Elverowen Kinsui berkata, sepasukan anggotanya segera dikejar ke lokasi kejadian sebaik sahaja laporan diterima.

Buaya tembaga seberat 180 kilogram tersesat masuk parit

“Sebaik tiba, pemeriksaan dilakukan dan mendapati buaya tersebut berada di dalam parit besar di belakang rumah pengadu.
“Anggota APM kemudian menjalankan tugas menangkap dengan menggunakan selimut untuk menutup mata dan tali untuk mengikat buaya tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada hari Selasa.

Buaya tembaga seberat 180 kilogram tersesat masuk parit

Erwin berkata, pasukannya hanya berjaya menangkap haiwan pemangsa tersebut kira-kira satu jam kemudian sebelum diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) untuk tindakan selanjutnya.

“Buaya tembaga seberat 180 kilogram dan sepanjang tiga meter itu dibawa naik dari parit tersebut dan diserahkan kepada kakitangan JHL,” katanya.

@stylogilo Kami Kongsikan Video Angkatan Pertahanan Awam Sandakan yang berjaya menangkap Seekor Buaya Tembaga seberat 180 Kilogram dengan panjang 10 Kaki di Taman Nuri Batu 7 Sandakan pukul 7 Pagi tadi. Pihak APM telah menyerahkan Buaya tersebut kepada Jabatan Hidupan Liar untuk tindakan selanjutnya. Sumber Berita : Unit Berita RTM Sandakan/APM #SANDAKANfm ♬ original sound – Stylo Gilo

Baca Lagi:
Budak 5 tahun jawab soalan matematik darab tak sampai 5 saat curi tumpuan
Bijak buaya ini, pura-pura lemas nak jerat manusia
Ramai yang sudah kena, ini taktik ‘Scam’ di lorong tol RFID yang ramai tak tahu