Buaya panjang 5 meter muncul di pagar landasan Lapangan Terbang Antarabangsa

Photo of author

By Joe

Buaya panjang 5 meter muncul di pagar landasan Lapangan Terbang Antarabangsa. Seekor buaya sepanjang kira-kira lima meter dilaporkan ditemukan berdekatan pagar landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Hasanuddin di bandar Maros, Sulawesi Selatan di Indonesia.

Bagaimanapun, buaya itu berjaya ditangkap oleh pasukan Perkhidmatan Bomba Maros.

Lapor CNN Indonesia, Ketua Polis Mandai, Asep berkata, reptilia ganas itu ditemukan oleh sekumpulan penduduk yang sedang memancing berhampiran lokasi berkenaan.

Buaya panjang 5 meter muncul di pagar landasan Lapangan Terbang Antarabangsa

“Buaya itu muncul di kawasan sawah milik penduduk namun anggota bomba berjaya menangkapnya,” katanya.

Menurut Asep, penduduk melaporkan mengenai penemuan buaya di luar pagar landasan lapangan terbang itu, kepada jabatan bomba Maros.

Katanya, beberapa anggota bomba segera menangkap dan memindahkan haiwan reptilia itu dari sawah milik penduduk setempat.

“Buaya itu ditangkap menggunakan peralatan sedia ada. Selepas itu, anggota bomba melakukan pencarian di lokasi buaya ditemukan dan menemukan 34 biji telur reptilia itu,” katanya.

Tambah beliau, anggota bomba kemudian membawa buaya yang ditangkap bersama 34 biji telur haiwan itu ke Ibu Pejabat Bomba Maros.

Baca Lagi:
Kereta orang awam dirempuh singa bergaduh
Suami isteri terkejut jumpa sampah bernilai RM2.17 juta
Penat-penat cikgu buat set soalan, murid selamba jawab ikut jawapan TikTok ‘kamu nanya?’