Buat sup tulang ketika raya haji memang sedap, ini cara senang nak buang lapisan lemak dalam sup

Photo of author

By Joe

Buat sup tulang ketika raya haji memang sedap, ini cara senang nak buang lapisan lemak dalam sup. Setiap kali menjelang Hari Raya Aidiladha, sup tulang pasti menjadi menu pilihan yang sangat digemari selepas proses penyembelihan.

Kelezatan sup tulang panas dengan kuahnya yang kaya memang memikat selera. Apabila dimakan bersama nasi putih, segala keletihan selepas proses melapah daging terasa segera hilang.

Walaupun rasanya sedap, makanan berlemak seperti ini tidak baik untuk kesihatan. Ketika kita sedang menikmati hidangan, kita mungkin lupa, tetapi selepas itu kita akan merasa menyesal!

Buat sup tulang ketika raya haji memang sedap, ini cara senang nak buang lapisan lemak dalam sup

SUP TULANG SEDAP TAPI TINGGI KOLESTROL, INI CARA BUANG LAPISAN LEMAK DALAM SUP

Sebenarnya terdapat cara untuk mengurangkan lapisan lemak dalam sup tulang ini. Tips ini dikongsi oleh Nileya Nazri melalui laman Facebooknya.

“Biasanya orang akan menyediakan sup tulang selepas proses penyembelihan sempena Hari Raya.

Saya ingin berkongsi tip kesihatan untuk rakyat Malaysia agar dapat mengurangkan masalah kolestrol.

Pertama-tama, rebus tulang dengan air biasa sehingga empuk. Kemudian, asingkan tulang dan sejukkan sup.

Ambil beberapa ketul ais dan masukkan dalam mangkuk stainless steel, kemudian masukkan ke dalam sup (sila lihat gambar) untuk beberapa minit. Elakkan menggunakan besen plastik kerana akan sukar untuk menghilangkan kesan minyak yang melekat.

Anda akan melihat hasilnya yang membuat anda rasa seperti ingin jogging sejauh 10 km dengan harapan lemak dalam badan akan cair.

Bayangkan jika kita hanya minum sup ini. Lemak yang banyak seperti itu akan tersebar dalam badan kita.

Ini adalah cara yang cepat. Selepas merebus, anda juga boleh simpan dalam peti sejuk semalaman. Lemak-lemak putih akan timbul dan anda boleh menyediakan sup seperti biasa selepas itu.”

Sumber: FACEBOOK

Baca Lagi:
“Wah, tak semua orang pandai guna”- Opah pantau kebun durian guna dron raih perhatian ramai
Tempah teksi pukul 3 pagi, penumpang kena bawa kereta, pemandu teksi tidur belakang
Wanita kena kecam berjemaah selepas sindir orang ramai guna jalan kecemasan