Buat pesta ‘clubbing’ depan masjid dikecam netizen. Perbuatan sekumpulan remaja yang berjoget di pesta ‘clubbing’ yang diadakan di hadapan sebuah masjid di Sengkang, wilayah Sulawesi Selatan, telah mengundang kecaman orang ramai, lapor saluran berita Tribunnews semalam.
Kejadian tersebut berlaku berhampiran Masjid Agung Ummul Quraa pada Jumaat lalu.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di aplikasi WhatsApp, beberapa gadis kelihatan selamba berjoget sambil mengenakan pakaian ketat. Bahkan, ada antara mereka yang memakai fesyen seluar ‘koyak’ sehingga menampakkan peha.
Peserta-peserta lelaki juga dilihat seronok menari tanpa rasa malu.
“Ini parah, kenapa acara joget harus dilakukan di hadapan Masjid Agung Sengkang?” demikian menurut keterangan video itu.
Rakaman tersebut telah menjadi tular dan menimbulkan kemarahan orang ramai kerana dianggap tidak menghormati agama Islam.
View this post on Instagram