Buat duit ambil upah tulis surat tak hadir ke sekolah

Buat duit ambil upah tulis surat tak hadir ke sekolah

Buat duit ambil upah tulis surat tak hadir ke sekolah. Seorang individu di laman e-dagang mampu ‘buat duit’ dengan menawarkan perkhidmatan menulis surat ketidakhadiran ke sekolah.

Individu yang menggunakan nama ‘shadowgirl08’ itu hanya mengenakan bayaran upah serendah 20 sen untuk satu surat.

Berdasarkan tinjauan BH di ruangan e-dagang individu berkenaan, beliau menyediakan perkhidmatan berkenaan sejak tahun lalu.

Buat duit ambil upah tulis surat tak hadir ke sekolah

Ia mendapat permintaan menggalakkan dalam kalangan pelanggan dengan setakat ini 586 orang dicatatkan menggunakan perkhidmatannya.

Selain mendapat penarafan lima bintang, pemilik akaun itu turut menerima lebih 160 maklum balas dengan kebanyakannya memberikan reaksi positif.

Seorang daripada pelanggannya, Wan Zack Wan Mohamad menulis, “Surat semua lengkap. Terbaik ayat dah macam doktor. Servis terbaik dan laju,”

Sementara itu, seorang lagi pelanggannya menulis, “Terbaik! Jimat masa, berbaloi dan murah,”

Perkhidmatan kreatif disediakan individu berkenaan mula tular di media sosial selepas

seorang pengguna Twitter @malissaali, dalam satu ciapannya pada bulan lalu berkongsi mengenai ‘perniagaan’ itu.

Beliau menyifatkan ia sebagai satu cara mudah untuk mendapatkan duit.

Selain itu, beliau turut memuat naik tangkap layar jualan berjaya diperoleh penjual itu di laman Shopee.

Difahamkan, individu berkenaan turut menyediakan perkhidmatan menulis surat ketidakhadiran bagi mahasiswa yang menuntut di kolej atau universiti selain itu, perkhidmatan menyediakan surat peletakan jawatan dan permohonan cuti khusus untuk golongan pekerja.

Pada ruangan penerangan, beliau menulis secara ringkas mengenai perkhidmatan yang disediakan, termasuk memaklumkan penulisan surat akan diproses dalam tempoh 24 jam.

Selain itu, penjual turut memberitahu jadual atau waktu khusus beliau melayan perkhidmatan pelanggan termasuk dari segi pemberian cara untuk menggunakan perkhidmatannya juga amat mudah, iaitu pelanggan diminta membuat pembayaran dahulu, kemudian jelaskan kepada penjual mengenai butiran peribadi menerusi ruangan Chat.

Baca Lagi:
“Alhamdulillah, Aidiladha tahun ini amat bermakna”, 3 sahabat terlepas tali gantung
Ujian buat suami kerja ‘offshore’, gaji Rm50,000 sebulan pun isteri minta cerai siap tuntut 50% harta sepencarian
Pemain piano Malaysia kongsi kejadian duitnya RM28 ditolak dalam akaun bank, tapi lain pula yang jadi terkantoi duit dalam akaun bank ada RM40 juta
CATEGORIES