Buang budu milik kawan, individu kena kecam dengan netizen, ‘aku doakan kau kahwin dengan kaki budu’

Photo of author

By Joe

Buang budu milik kawan, individu kena kecam dengan netizen, ‘aku doakan kau kahwin dengan kaki budu’. Bagi masyarakat Pantai Timur terutamanya di Kelantan dan Terengganu, budu adalah salah satu hidangan yang tidak boleh terlepas dari menu harian mereka.

Walaupun mereka berpindah jauh ke bandar-bandar besar, mereka tetap mencari budu kerana dianggap sebagai pelengkap utama untuk kebanyakan hidangan, terutamanya nasi.

Di platform X, seorang individu menjadi viral selepas menceritakan kisah tentang rakannya yang menyimpan budu sehingga menyebabkan pencemaran bau di dalam rumah.

Buang budu milik kawan, individu kena kecam dengan netizen, 'aku doakan kau kahwin dengan kaki budu'

Dalam aduan tersebut, pengadu memuji sikap rakannya yang gemar memasak untuk penghuni lain, tetapi dia berasa tidak selesa dengan bau budu yang busuk.

“Housemate saya selalu masak untuk kami. Masakannya sedap. Tapi saya tak suka bau budu yang ada setiap kali saya makan. Bau dia busuk,” katanya memulakan cerita.

Menurut individu itu, dia pernah membuang stok budu milik rakannya supaya ia tidak lagi disajikan di rumah mereka.

“Aku pernah buang stok budu dia. Bila dia tanya, aku cakap budu tu dah rosak, tak selamat nak dimakan.
“Sejak itu, dia dah tak hidangkan budu lagi. Adakah aku terlalu kejam?” tulisnya dalam perkongsian di X pada Jumaat.

Bacaan komen menunjukkan kebanyakan netizen mengkritik tindakan individu itu yang dianggap egois dan tidak menghormati rakan sekadar kerana perbezaan cita rasa.

“Budu tu pun makanan kan? Tak baik buang makanan. rezeki tu. Lagi keji buang makanan milik kawan.

“Korang ni memang tak tahu bersyukur. Pentingkan diri sendiri je. Harap-harap kena cirit-birit seminggu. Aku terasa geli dengan perangai kau.

“Kejam betul. Dah la kau makan masakan dia. Nak tanya kejam ke tak? Lepas ni kau makan luar atau masak sendiri je.

“Bodoh la kau. Budu susah nak rosak sangat. Orang masak untuk kau, kau balas macam ni? Memang kejam la kau,” tulis beberapa netizen.

Netizen turut berseloroh dengan mendoakan agar pengadu berkahwin dengan orang Kelantan dan terus dihantui dengan budu sepanjang hayatnya.

“Semoga kahwin nanti dengan peminat budu. Tu je nak cakap.

“Aku doakan kau dapat pasangan orang Kelantan yang memang suka budu. Semoga Allah kabulkan doaku kerana kau memang keras hati,” tulis netizen.

Baca Lagi:
Pasang ‘timer’ dalam tandas agar pengguna tak perlu tunggu lama beratur
Jurutera tertekan balik rumah kena buat semua kerja rumah, isteri selalu nak ‘me time’
Pertama kali dalam Malaysia harga barang turun pada hari perayaan