“Buah free, siapa nak makan boleh ambil”- Cara pemilik pokok rambutan sedekah buah raih pujian ramai

Photo of author

By Joe

“Buah free, siapa nak makan boleh ambil”- Cara pemilik pokok rambutan sedekah buah raih pujian ramai. Ada kalanya, sesetengah dari kita mengambil barang atau buah yang terdapat di tepi jalan dengan anggapan bahawa barang tersebut tidak dimiliki.

Walau bagaimanapun, tindakan tersebut sebenarnya melanggar undang-undang dan etika kerana ia bermakna mengambil hak orang lain tanpa izin.

Baru-baru ini, viral di platform TikTok sebuah video yang dikongsikan oleh penduduk tempatan yang mengambil buah rambutan dari pokok yang ditanam oleh pemilik rumah di tepi jalan.

"Buah free, siapa nak makan boleh ambil"- Cara pemilik pokok rambutan sedekah buah raih pujian ramai

Yang menarik perhatian ramai ialah pemilik pokok rambutan itu telah mengizinkan sesiapa sahaja untuk mengambil kesemua buah rambutan yang terdapat di pokok tersebut. Bahkan, individu tersebut turut menyediakan galah supaya mudah untuk mengambil buah-buah yang tinggi di dahan.

“Buah percuma, sesiapa yang ingin ambil bolehlah. (Galah ada di tepi pokok),” tulisnya pada sehelai kertas yang kemudian digantung di pokok itu.

Kegembiraan dapat dilihat pada wajah orang ramai yang melalui jalan itu kerana mereka diberi kebenaran untuk menikmati buah rambutan yang sudah masak, dan ada yang membawa pulang untuk berkongsi bersama keluarga tersayang.

@amirsyazalsemoga tuan pokok dimurahkan rezeki♬ bunyi asal – amirsyazal

Video yang viral tersebut benar-benar menarik perhatian ramai dan kebanyakan dari mereka meluahkan perasaan terharu dengan kebaikan pemilik pokok yang murah hati dalam berkongsi hasilnya dengan orang ramai.

Banyak yang mendoakan agar pemilik pokok itu sentiasa diberkati dengan kesihatan yang baik dan rezeki yang berlimpah kerana tergerak dengan sifat pemurahnya.

"Buah free, siapa nak makan boleh ambil"- Cara pemilik pokok rambutan sedekah buah raih pujian ramai

"Buah free, siapa nak makan boleh ambil"- Cara pemilik pokok rambutan sedekah buah raih pujian ramai

Dalam masa yang sama, netizen turut menasihati mereka yang mengambil untuk tidak menjual semula untuk meraih wang dengan mudah.

Baca Lagi:
Luahan rider kena buang kerja sebab jaga isteri sakit buat Pak Nil sebak
Netizen terkejut ‘selipar jamban’ dijual dengan harga RM5,000
Wanita ternak kelulut raih pendapatan lumayan, sekilogram dijual RM300