Buah eksotik paling rare dalam Malaysia, mirip durian & cempedak yang ramai tak tahu

Buah eksotik paling rare dalam Malaysia, mirip durian & cempedak yang ramai tak tahu

Buah eksotik paling rare dalam Malaysia, mirip durian & cempedak yang ramai tak tahu. Buah mentawa atau dikenali juga dengan nama ‘Pala Munsuh’ dalam komuniti Iban, adalah buah yang unik yang dapat ditemui di beberapa bahagian di Borneo, khususnya di Sarawak.

Buah mentawa ini mempunyai rupa yang menarik dengan kombinasi antara durian dan cempedak yang menjadikannya unik di kalangan buah-buahan tempatan.

Sekilas pandangan, buah mentawa mungkin akan menarik perhatian penggemar buah-buahan eksotik.

Buah eksotik paling rare dalam Malaysia, mirip durian & cempedak yang ramai tak tahu

Buah ini mempunyai keunikan tersendiri kerana penampilannya yang menggabungkan ciri-ciri durian dan cempedak.

Dari segi rupa, buah mentawa memiliki bentuk yang unik. Kulit luarnya mengingatkan kita kepada durian dengan duri-duri yang tidak terlalu tajam, sementara isi buahnya lebih mirip dengan cempedak.

Buah eksotik paling rare dalam Malaysia, mirip durian & cempedak yang ramai tak tahu

Menariknya, buah pala munsuh ini juga dikatakan persis buah tarap atau buah terap. Namun, apa yang membezakannya adalah warna isinya dimana buah mentawa ini berwarna oren atau kuning keemasan, berbeza dengan buah terap dengan isinya berwarna putih susu.

Buah eksotik paling rare dalam Malaysia, mirip durian & cempedak yang ramai tak tahu

Menurut warga lokal, buah pala munsuh ini dikatakan mempunyai rasa masam, manis dan creamy!

Baunya pun tidak ‘menyengat’ seperti buah terap.

Difahamkan, buahnya yang belum matang boleh dijadikan sayur seperti buah cempedak dan nangka.

Bijinya pula boleh direbus atau disangai atas api kecil dan mempunyai rasa berlemak seperti kekacang.

Namun, buah mentawa kini jarang dijumpai di Sarawak dan dianggap sebagai buah yang rare oleh warga lokal.

Baca Lagi:
Ramai ibu bapa mula elak hantar anak ke sekolah asrama penuh, ini puncanya
Penyakit X bakal ancam dunia, ini yang perlu anda tahu sebagai rakyat Malaysia
Pendakwah kongsi kenyataan Prof Nana tentang makan nasi goreng waktu pagi buat penggemar nasi goreng terkejut
CATEGORIES