Bruno Mars penyanyi pro-Zionis bakal adakan konsert di Malaysia. Penyanyi terkenal yang juga merupakan penyokong Zionis, Bruno Mars, akan mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
Berita tersebut dikongsi oleh penganjur, Live Nation Malaysia, melalui platform media sosial untuk mengumumkan bahawa jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil akan dibuka pada Jumaat ini.
“Mars akan datang ke Kuala Lumpur pada bulan September ini. Saya tidak sabar untuk menyampaikan lagu-lagu dari album 24K Magic secara langsung,” tulis mereka di platform X.
Times Israel sebelum ini melaporkan bahawa bintang pop itu mengekspresikan kasih sayangnya kepada Tel Aviv semasa persembahan pertamanya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
“Tel Aviv, saya ingin menghabiskan sisa hidup saya dengan kamu!” teriak Bruno Mars, disambut oleh penyokong Zionisnya.
Telah dilaporkan bahawa Bruno Mars menghadapi tekanan yang kuat untuk membatalkan konsertnya di wilayah tersebut.
Antara organisasi yang menyeru pembatalan konsert adalah gerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), serta kumpulan advokasi Jewish Voice for Peace (JVP).
Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef, bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel pada bulan Oktober tahun lalu.
JVP, sebuah organisasi progresif anti-Zionis, dalam surat terbukanya menyeru Bruno untuk membatalkan konsertnya di negara apartheid tersebut, sehingga rakyat Palestin dapat mencapai kesaksamaan, kebebasan, dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.
“Kami sangat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel, di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah dari perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang menghadapi pembersihan etnik oleh Zionis.
“Kami mendesak anda untuk membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan apartheid, sama seperti tindakan semua artis yang beretika semasa apartheid di Afrika Selatan,” tegas JVP.
Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi, manakala ibunya berasal dari Filipina dan nenek moyangnya berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine.