Boss James ‘review’ van jenazah paling gempak dalam Malaysia. Apabila kita sebut van jenazah, pasti kita terbayangkan van berwarna putih yang kita lihat sejak kecil hingga kini.
Bagaimanapun, ada anak muda yang menggabungkan ‘make up’ kereta dengan aktiviti amal kebajikan pada van jenazah.
Boss James sendiri telah berkongsi video yang membuat ulasan tentang sebuah van jenazah yang tidak pernah dilihat sebelum ini.
Van Toyota Hiace tersebut berwarna hitam dan dihiasi dengan pelekat di sekeliling kenderaan.
Menurut Boss James, van ini telah dimodifikasi hingga mencapai tahap 2 performance upgrade yang menghasilkan 240hp dan 510Nm tork, dengan kelajuan maksimum mencecah 190km/j.
Selain itu, van jenazah sporty ini dilengkapi dengan rim 18-inci, Brembo 4 pot, brek dram belakang, dan ketinggiannya telah direndahkan.
Bahagian dalam van pula telah dimodifikasi untuk memberikan suasana canggih dan premium kepada sesiapa yang masih hidup. Ia dilengkapi dengan ruang atap LED penuh, tempat letak minuman, dua subwoofer, dan lapan speaker.
Ruangan belakang van pula dilengkapi dengan stretcher stainless steel untuk membawa jenazah, serta kotak yang mengandungi barangan untuk pengurusan jenazah.
Di dalam kotak tersebut terdapat apron, kapas gulung, tali mayat, air mawar, cendana, kapur barus, pewangi, syampu, dan kain kafan dalam pelbagai saiz.
Menurut Facebook Bakal Jenazah, proses pengurusan (mandi & kafan), solat, dan penghantaran jenazah adalah percuma.
“Kita bukan nak cari duit, kita nak cari saham akhirat,” demikian jawapan yang diberikan oleh orang kuat Bakal Jenazah apabila ditanya oleh Boss James.
@bossjames_oe Lepas ni boleh jumpa bakal mertua? 😍🤍 #bossjames #berjayamegamotors ♬ original sound – Boss James