‘Bonggol maut’ di Seksyen 7 Shah Alam, sampai melambung kereta

‘Bonggol maut’ di Seksyen 7 Shah Alam, sampai melambung kereta

‘Bonggol maut’ di Seksyen 7 Shah Alam, sampai melambung kereta. Seorang pengguna Twitter, Adie Hussin memuat naik video memaparkan situasi beberapa pengguna jalan raya nyaris kemalangn akibat kemunculan ‘bonggol maut’ di Seksyen 7, Shah Alam.

Situasi yang dirakam malam tadi bertujuan memanggil pihak berkuasa terlibat untuk segera atasi masalah tersebut kerana lebih membahayakan adalah bonggol yang dibuat tidak dicat serta tiada papan tanda diletakkan.

“Depan Unisel Seksyen 7, Shah Alam tiba-tiba pula lalu tadi ada ‘bump’ besar, buat ‘bump’ tak ada jalur-jalur kuning.

“Tak tahu nak mengadu dekat siapa masalah ini, harap ‘warganet’ berhati-hati dan mohon perlahankan kenderaan,” ciapnya.

'Bonggol maut' di Seksyen 7 Shah Alam, sampai melambung kereta

Menurut pengguna tersebut, kenderaannya juga hampir terbabas ketika melalui laluan berkenaan kerana tidak sedar terdapat bonggol di situ.

“Secara jujur aku rakam sebab nak tunjuk bukti bahawa betapa bahayanya pada waktu malam sebab tidak ada garisan kuning, aku sendiri pun hampir kemalangan dan aku pun tak tahu macam mana nak suruh pengguna lain perasan dekat situ ada bonggol.

“Pihak berwajib, jalankan tugas anda,” pesannya.

Sementara itu, menerusi perkongsian @aliaarmishaa di ruang komen, dia memuat naik sebuah video lain menunjukkan keprihatinan beberapa individu menyalakan lampu telefon bimbit mereka sebagai memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang melalui laluan tersebut.

“Big respect to (beri penghormatan kepada) abang-abang yang lambai ‘flashlight phone’ untuk beritahu semua pemandu tentang kewujudan bumper tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, rata-rata orang ramai mendesak pihak berkuasa serta Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk segera mneyelesaikan isu tersebut sebelum masalah lebih besar berlaku seperti kemalangan yang meragut nyawa pengguna.

Baca Lagi:
Zahid Hamidi dedah ada ‘seseorang’ selamatkan UMNO daripada diharamkan oleh Muhyiddin
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Shafiq Abdullah dipecat
Duit banyak simpan dalam stor, terpaksa panggil sekampung bantu tolong kirakan
CATEGORIES