Boleh ke bagi daging korban kepada ‘Non Muslim? Ini hukumnya. Ibadah korban bermaksud menyembelih binatang ternakan pada hari raya korban iaitu pada 10 Zulhijjah dan pada hari-hari Tasyriq (11, 12, dan 13 Zulhijjah) dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Waktu ibadah korban bermula apabila matahari tinggi pada hari raya itu. Namun, lebih baik jika dilewatkan sedikit sehingga matahari naik sepenuhnya dan selepas selesai solat hari raya.
Hukum ibadah korban adalah sunat Muakkad dan adalah makruh untuk meninggalkannya bagi yang mampu. Walaupun ibadah ini adalah sunat, ia akan menjadi wajib jika dijanjikan.
Bolehkah kita memberi daging korban kepada mereka yang bukan beragama Islam?
Baru-baru ini, kami telah melakukan wawancara dengan seorang pegawai dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengenai persoalan ini.
Beliau menjelaskan bahawa sebenarnya tidak boleh. Hal ini disebabkan dalam Mazhab Syafie, ibadah korban adalah cara kita menunjukkan ketaatan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Walau bagaimanapun, jika berlaku keadaan terdesak seperti contohnya di kampung kita terdapat keluarga bukan beragama Islam dan mereka benar-benar memerlukan bantuan, maka adalah dibenarkan bagi kita untuk memberi.
Tetapi, jika kita masih berasa ragu-ragu dan ingin bersikap lebih berhati-hati, pegawai tersebut mencadangkan agar komuniti masjid bersetuju untuk mengumpul dana untuk membeli daging awal-awal dan memberikannya kepada individu bukan beragama Islam. Ini adalah cara yang boleh diterima sepenuhnya.
Semoga persoalan ini dapat dijawab. Jangan lupa untuk berkongsi maklumat ini dengan keluarga dan rakan-rakan anda. Selamat Hari Raya Haji kepada semua! 🙂