Boleh ke ambil anak angkat berbeza agama?, ini hukumnya. Mengambil anak angkat adalah salah satu langkah yang boleh diambil oleh pasangan berkahwin jika mereka tidak dianugerahkan cahaya mata. Walau bagaimanapun, proses ini perlu mempertimbangkan hukum dan ilmu mengenai pengambilan anak angkat, terutama apabila melibatkan agama yang berbeza.
Dari segi undang-undang tempatan, Malaysia secara amnya membenarkan pengambilan anak angkat seperti yang diaturkan dalam Undang-Undang Malaysia di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 (Akta 253).
Bagaimanapun, penting untuk diingat bahawa hukum mengambil anak angkat bukanlah aspek agama Islam.
Seorang Muslim boleh mengambil anak angkat dari kalangan bukan Muslim, tetapi ini bukanlah perkara yang mudah kerana hukum dan peraturan yang berkaitan perlu dihormati dan dipatuhi, dan ia berbeza dengan hukum dan syarat-syarat pengangkatan anak dalam Islam.
Menurut Buku Arahan Pendaftaran Pengangkatan 1952, kanak-kanak yang beragama Islam tidak dibenarkan diangkat oleh ibu bapa angkat yang bukan beragama Islam.
Jika anak angkat itu perempuan, bapa angkat tidak dibenarkan menjadi walinya. Walinya yang sah adalah bapa kandungnya.
Antara isu penting yang berkaitan dengan pengambilan anak angkat ini adalah tentang batasan pergaulan dan hubungan yang perlu dijaga, terutama apabila anak itu mencapai usia baligh.
Dari segi hubungan antara anak angkat perempuan dengan bapa angkat dan anak angkat lelaki dengan ibu angkat, secara asasnya, anak angkat yang sudah mencapai usia baligh dengan jenis kelamin berbeza dari ibu bapa angkat mereka dianggap sebagai ajnabi (orang asing) kepada mereka.
Ini kerana umumnya mereka tidak mempunyai hubungan nasab dengan ibu bapa angkat mereka.
Secara kesimpulannya, hukum mengambil anak angkat dari agama yang berbeza adalah dibenarkan. Ini disebabkan perlunya mempertimbangkan keperluan emosi pasangan yang tidak diberkati dengan anak untuk memberi peluang untuk membesarkan seorang anak.
Demikian juga suatu langkah menjaga anak-anak yang tiada penjaga lebih-lebih lagi anak yatim. Bahkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sahl bin Sa’d R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
أَنَا وَكَافِلُ الْيَتِيمِ فِي الْجَنَّةِ هَكَذَا وَقَالَ بِإِصْبَعَيْهِ السَّبَّابَةِ وَالْوُسْطَى
Maksudnya: “Aku dan mereka yang memelihara kebajikan anak yatim di dalam syurga adalah seperti ini dalam keadaan baginda menunjukkan dua jari baginda iaitu jari telunjuk dan juga jari tengah.”